banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

24 Desember 2019

Blog Link Sudah Unblock Dari Facebook

Fuh! pagi ini masa tengah belek belek facebook sambil melihat netizen bawang membawang, tiba tiba terlihat blog page aku yang pernah di posting sebelum ini di facebook, eh wah ! rasa macam nak melompat ah ! Yeah facebook sudah unblocked link blog ? Boleh baca kisah blog di block oleh Facebook di SINI . Sah! dan di dapati tidak bersalah, seterusnya menjadi blog patuh Facebook. Haha, hah apa lagi. terus aku letakkan alamat blog di instagram. Wah! tiada error! bagus ! Syukur Alhamdulillah...berkat doa siang dan malam, 'kemurungan' dan tidak putus putus hantar report pada orang putih tu dengan menggunakan pelbagai saluran media sosial akhirnya mereka menerima permohonan rayuan ini dan yang membuatkan hati semakin bertambah riang, tempoh blocking itu hanya selama (4) empat hari sahaja. 

Nasib baik tak kena block berbulan bulan dan permanently block. Yelah, sebenarnya, tanpa facebook pun, masih lagi boleh menjana pendapatan dan masih boleh buka blog, cuma kalau boleh kan, biarlah sempurna dan tiada halangan di mana mana saluran, sekurang kurangnya dapatlah meletakkan blog link sesuka hati di blog ( walaupun orang tak baca  dan tekan pun di facebook), kalau tekan pun, mungkin sebab semata mata nak report web sebab ada kebencian melampau ataupun meluat meruap ruap, itu lah haters kan ..!




Alhamdulillah Sudah Unblock

Banyak tips dan panduan dari google di ambil, berulangkali juga lah report tulis 'My Blog Is Totally Not Spam' and  ayat seperti 'This is my personal blog, this is not spam" . Terima kasih juga kepada rakan rakan blog yang banyak membantu memberi tips berguna, terima kasih kepada bloggers hasrul hassan kerana provide me, meta tags untuk facebook. dan yang paling menarik, 'jangan mudah menerima kawan yang di luar circle life kita, hati hati dan jangan mudah accept request dari kawan yang tidak di kenali'.

Lepas tu, di instagram, cuba snapshot laman profile instagram kita,  kenapa instagram ? kenapa tidak facebook ? kena ingat, instagram dan facebook tu company nya sama, instagram tu milik facebook...haha, dan report terus di ;

1) Pergi ke Setting di Instagram
2) Selepas itu pergi ke Help --> dan Report A Problem

Attach kan gambar profil yang kita Screenshot dan tulis masalah yang kita hadapi. Ayat yang aku tulis lebih kurang berbunyi seperti ini "Hi Instagram teams, I can't put my URL blog on my profile instagram, this is my personal blog and only share good information and just share or wrote my personal life I experienced before, I thought might have some haters or individual may report me purposely hate intention, deliberately intent to make my blog down and hate my blog as a individual issues, hopefuly, you may hear on others side, like me, please , kindly remind you, my blog is Not SPAM. Totally not. thanks".

Alhamdulillah Sudah Unblock Blog Patuh facebook
Esok hantar lagi report teks yang sama di instagram, haha, akhirnya ...dalam masa (4) hari url blog telah pulih dan telah di unblocked oleh Facebook. Huishhh fobia la nak share di facebook lagi...takut wei! Untuk tujuan keselamatan, sekarang ni tengah setting privacy di timeline facebook, dan tengah filter rakan rakan di facebook, mana yang tidak aktif, silent reader terus di remove. Bukan kejam, tapi ambil langkah berhati hati. Buat apa nak simpan 'parasit', biar la kawan tak ramai, asalkan apa yang ada ni , berkualiti dan aktif !

Isu iklan adsense terlampau banyak tu, rasanya tiada isu bagi facebook, yang paling utama, dapatkan ayat error itu, macam blog aku, error teks nya seperti ini Your message couldn't be sent because it includes content that other people on Facebook have reported as abusive . Oh mungkin, sangkaan aku tepat, facebook mengambil kira, report dari stranger yang report blog as a abussive. Orang report kita, kita kenalah memberi maklumbalas pada facebook dan terangkan keadaan yang sebenar. Sambil report tu, sambil berdoa pada Allah, agar di permudahkan segala urusan dunia fana ini..

Akhirnya...menjadi blog ini menjadi blog patuh facebook! haha

Anda Mungkin Meminati :

2 komentar:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih