banner-2017-mcj bkecik-skytech UA SIGNATURE

Monday, May 06, 2019

One To One Sketchup Drawing

Baru baru ini telah menerima sebuah offer mengajar bagi sketchup 3D, katanya secara one to one, dan kena mengajar dari basic gila sampai la ke peringkat advanced. Harga aku cas tak mahal pun, untuk 5 kali session, termasuk duit minyak, tak lebih pun dari RM 1500. Termasuk duit minyak dan tol pergi balik sekali session dah around RM 170 pergi balik, kalau RM 170 x 5 dah berapa. Orang ni nampak gayanya bersungguh nak belajar sketchup dan kosong betul!, sebab dari apa yang dia cakap hanya tahu tengok sahaja button tools nak tekan pun tak berani..ermm, okay, aku pun setuju. Kesian.... 

Harga RM 1500 tu more on to consept sahaja, dan di akhir sesssion tu nanti aku akan ajar measurement but need step by step baru faham, selama 13 tahun aku mengajar orang, belum pernah aku jumpa manusia yang ambil kesempatan begini. Setibanya aku untuk session 1 di rumah orang tu, apa yang terkejut nya aku, di berinya aku pula material iaitu plan dia dalam JPEG..uh, dalam hati aku lain dah ni, sepatutnya dia kena follow tools dari aku...step by step, takpe aku layankan je, terus skip tools selagi boleh, terus lari dari topik modul untuk first session. Pening dan bertambah pening..aku ajar button 3D dan dia bertambah happy dapat menaikkan model di plan dia....ok, dan aku dapat first payment RM 500 di session pertama.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi