Pada 29 Januari 2020 seluruh kawasan di negeri melaka terlibat dalam proses catuan air kecuali di kawasan pelancongan. Kemana hilangnya air dan apa tindakan di pihak kerajaan negeri ? Aku pun tak berapa nak faham, tapi kalau diikutkan sifat kerajaan sekarang ini, sudah semestinya tuding jari pada kerajaan terdahulu, biar tiada elektrik asalkan jangan tiada air langsung, rosak semua program, dengan cuaca panas, wabak jangkit berjangkit lagi,  Tapi kalau boleh biarlah semuanya ada (air dan elektrik), barulah harmoni dan sejahtera kehidupan, tak payah lah sampai nak buat Catuan Air Di Negeri Melaka , yang di risaukan macam mana la anak anak nanti nak ke sekolah dan urusan harian mereka.

Satu hal lagi nak kena tadah air berbaldi baldi dan nak kena beli baldi bersaiz besar, tak boleh nak bayangkan lah kalau tiada air, segala urusan pasti tak menjadi, rasa nak buat gali air dari bawah tanah, sudah pasti menyelesaikan masalah air dan sebagai sumber tambahan (backup resourses). Boleh baca di sini, berkenaan tubewell drilling


Kalau dulu, selalu juga dengar pasal proses pembenihan awan, supaya hujan turun, tapi langkah langkah seperti itu dah kurang di dengari, malah Catuan Air Di Negeri Melaka pula yang di utamakan, bukan nak mempolitik kan isu ini, cuma apa yang pihak kerajaan negeri lakukan? Tanggungjawab kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat, carilah inisiatif, lakukan sesuatu, bukan ambil mudah sampai nak mencatu pula. Catuan Air Di Negeri Melaka sampai bila ?


Catuan Air Di Negeri Melaka

Kemanakah air hilang ? nak salah kan cuaca panas? aku bukan lah arif berkenaan bab bab ini,tapi cadangan aku, ada baik lah juga dihentikan proses tambakan laut, yang membuatkan air laut di persisiran pantai semakin cetek dan tak dapat mengalir sepenuhnya ke kawasan takungan dan tasik tasik takungan air, lakukan semula penananaman pokok api api atau kayu bakau yang mana dapat mengelakkan hakisan. Bila hakisan berlaku, kawasan semakin cetek, hentikan pencemaran sungai dan lindungi pokok dari di tebang berleluasa.

Catuan Air Di Negeri Melaka

Sebagai kerajaan yang memerintah, jangan ambil jalan pintas dengan tindakan mencatu, lakukanlah inisiatif, mulai dari tempoh mencatu, aku fikir elok lah sudah boleh fikir untuk membeli pinggan pakai buang, tak perlu membasuh dan boleh mengelakkan dari pembaziran air yang di tadah. Tapi tadi terbaca statement yang paras air empangan tidak kritikal, harap harap bekalan air ada dan tidak di catu. Memang menyusahkan kami yang memerlukan air untuk urusan seharian, bila tiada air, banyak kos meningkat, nak kena beli air mineral (air coway tiada), nak kena beli baldi, susah macam ini.


Sekiranya aktiviti hakisan yang pesat di bahagian hulu sungai berkenaan lama kelamaan dasar sungai dan empangan akan menjadi cetek. Jadi hal ini sangat merugikan kerana dasar sungai dan empangan perlu diperdalamkan untuk mengelakkan sungai menjadi kering pada musim panas.

Boleh muat turun dan baca berkenaan proses tambakan laut yang merosakkan kesejahteraan awam di SINI "Keadaan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya sungai seperti Sungai Muar ini mengalami gangguan seperti pencerobohan di bahagian rizab sungai. Ia boleh menyebabkan hakisan pada tebing yang boleh mencetekkan lagi paras dasar sungai hingga menyebabkan aliran sungai menjadi lebih perlahan". - Sinar Harian

Berberapa bulan lepas, isu air terjadi juga, dan inisiatif yang dilakukan, ialah selepas smbahyang jumaat, semua masjid kerajaan negeri, lakukan solat hajat, minta hujan turun, tapi takda lah sampai nak buat Catuan Air Di Negeri Melaka. Pembenihan awan untuk minta hujan turun ? Tidur! Berat...

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Dlu slgr pn buat catuan.. ikot zon. 4 hari ade 4 hari xdak..

    BalasHapus
  2. adoii tak seronoknya bila air dicatu

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.