Akhirnya rebah juga, sudah dua (2) hari terlantar akibat simptom influenza, badan lemah, sakit bisa bisa, kepala berdenyut denyut. Sebenarnya jarang demam, tapi kali ini memang tak bermaya betul, berpeluh seram sejuk, kepala pening, ini semua gara gara sebab berjangkit dari air minuman ketika di hospital melaka hari itu. Sambil beri orang sakit minum air, dalam masa yang sama kita pun terminum merasa sekali kongsi straw, tak disengajakan. Baca kisah urus ahli keluarga yang tidak sihat di sini
Tadi pergi ke klinik untuk check up kesihatan, doktor mengesahkan perkara yang sama iaitu tanda tanda simptom influenza. Sehingga jumaat, jika tidak ada tanda tanda nak sembuh, terpaksa lah masuk (drip) air. dan ambil darah, Aduh, harap sembuh la esok. Harap Sembuh Seperti Sedia kala
Alhamdulillah, doktor beri MC (Medical Certificate) selama dua hari, Dapatlah rehat terlantar walaupun sakit badan lemah, ada hikmah apa yang berlaku, suhu badan dah semakin baik hari ini sudah jatuh sedikit dari 39' kepada 36',Nampak keadaan semakin pulih, harap cepatlah sembuh. Doakan kan aku ya, cuma bila tiba waktu malam badan mula seram sejuk.
Sakit-sakit pun masih mampu berlawak ya...
BalasHapusBagus macam tu, itu tandanya semangat kuat waktu sakit semangat kena kuat barulah cepat sembuh. Anyway semoga dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
Semoga cepat sembuh. Dewasa pun boleh kena ya. Ingatkan bebudak je. ^^
BalasHapussemoga cepat sembuh cikgu
BalasHapusMudah2an cepat sembuhnya
BalasHapussemoga cepat sihat ye.. syafakallah
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.