banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

4 Januari 2020

Kenangan Lalu Di Hujung Minggu

Salam hujung minggu semua, macam biasalah, mengambil kesempatan di hujung minggu untuk bangun lewat, yela kan, lima hari sibuk (weekdays) di tempat kerja, tak menang tangan di buatnya, Jadi 'balas dendam' di hujung minggu lah, dengan tidur sepuas puasnya, indahnya..haha

Sambil belek belek akaun facebook, terlihat pula gambar pemandangan stesyen bas melaka tahun 1990 an. Memang retro dan lucu bila terkenangkan memori masa lalu. Antara yang masih ingat lagi, sebaik turun je di stesyen bas, terus beli buah kepaya, nenas dan air tebu, yang jual pula peniaga berbangsa cina. Masa tu, tak fikir apa pun, main bedal je. Yang penting sedap. dan kenyang, Haha. Tanpa was was, tak fikir apa pun, itu tahun 1994-1995 la..mee goreng, pun time tu rm 0.50 sen - 1.20 sen.


kenangan suatu ketika dahulu
Kenangan naik bas henti henti ni memang banyak, memang rutin setiap hujung minggu, akan ke bandar, jalan jalan, masa tu, bawa rm10.00 pun dah banyak dah tu. Tiket bas, baru 0.75 sen. Tapi kena setting time nak balik la nanti, kena tahu, last bas, jam berapa..ada sekali time tu, tertinggal bas, dan terpaksa naik bas paling 'dekat' , sudahlah tertinggal bas, tertidur pula tu, ingatkan nak berhenti di kawasan yang hampir, lepas tu minta emak ambil, hah...tertidur sampai ke destinasi terakhir bas tu, kesudahannya, telefon mak ambil, kena pukul jugalah masa tu, sebab menyusahkan..Haha...

Yang 'best' nya bas ni, kalau nak minta bas ni berhenti, kena tekan loceng 500 meter awal sebelum checkpoint, dia punya terlajak, bukan main jauh lagi, jalan kaki menapak tu sudah biasa...Ini semua kenangan yang tidak akan dapat di lupakan, sampai bila bila.

Begitu lah, sedikit kenangan lalu di hujung minggu...bertapa gembiranya jika dapat kembali di masa lalu, nyaman dan tenteram..dah takde lagi stesyen bas dan bas henti henti ni lagi..stesyen telah di tambah baik dan di tukar lokasi, yang boleh kita lihat sekarang iaitu di Melaka Sentral.



Anda Mungkin Meminati :

2 komentar:

  1. kenangan betul ni..saya dulu naik bas patt hup

    BalasHapus
  2. Haha.. mama pun pernah Ra's terlajak Tu haha

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih