banner_blog2020 (3)

4 Jan 2020

Kenangan Suatu Ketika Dahulu

Salam hujung minggu semua, Sambil skrol facebook, terlihat pula gambar pemandangan stesyen bas melaka tahun 1990 an. Memang retro dan seronok bila terkenangkan memori masa lalu. ini semua kenangan yang tidak akan dilupakan, masih ingat lagi, sebaik turun je dari bas, terus beli buah kepaya dan nenas lepas tu minum air tebu, yang jual pula peniaga berbangsa cina.

Masa tu, memang tak fikir apa pun, perut dah lapar kan, yang penting buah yang dimakan tu sedap dan segar, tanpa was was, tak fikir apa pun, itu kisah suatu ketika dahulu di tahun 1994-1995 di stesyen bas lama, mee goreng bodo pun masa tu dijual dengan harga rm 0.50 sen - 1.20 sen, kalau letak kicap, peh, memang sedap dan manis, huhu

Kenangan naik bas henti henti ni memang banyak, banyak kisah yang berlaku, masa tunggu bas, bas tak tiba tiba, nak buang air besar ketika menunggu, pengsan didalam bas lah, kelakar kalau difikirkan semula, itulah rutin setiap hujung minggu, akan ke bandar, jalan jalan cuci mata, masa tu, bawa duit RM10.00 pun dah kira banyak dah tu. Tiket bas harga baru 0.75 sen.


kenangan suatu ketika dahulu

Tapi kena tahu jadual bas masa nak balik nanti, jam berapa, ada sekali masa tu, tertinggal bas, dan terpaksa naik bas paling yang paling terdekat, masa didalam bas, tertidur pula tu, ingatkan nak berhenti di kawasan yang paling hampir, bas terlajak pula di destinasi akhir, memang terkejut beruk la masa bangun, telefon mak, minta tolong dia ambilkan, itulah kenangan tertidur didalam bas henti henti, teruk jugalah masa tu kena pukul , mak kata, menyusahkan, Sabar jela..

Paling tak dapat dilupakan, kalau nak minta bas ni berhenti, kena tekan loceng awal awal, pastikan berberapa meter awal sebelum lokasi yang kita nak turun bas tu, sebab dia punya terlajak, jauh, kalau tekan loceng betul betul, di lokasi nak turun tu, 1-2 KM la kena jalan kaki menapak. Inilah semua Kenangan Suatu Ketika Dahulu yang tidak akan dapat di lupakan sampai bila bila oleh aku.

Stesyen telah di tambah baik dan telah bertukar lokasi operasi, lokasi dan nama yang baru itu ialah di Melaka Sentral.

Anda Mungkin Meminati :

2 komentar:

  1. kenangan betul ni..saya dulu naik bas patt hup

    BalasHapus
  2. Haha.. mama pun pernah Ra's terlajak Tu haha

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih