Semalam terlihat di berita buletin utama pasal kehadiran ratusan burung bangau (putih hitam) di sebuah kampung di Negeri Sembilan, entah macam mana boleh terbuka berita, hampir setahun lebih lah tak buka berita, sebab bosan dengan berita sekarang, banyak kisah politik dan menteri. Bagi aku, kita ni berkongsi alam dengan dengan pelbagai mahkluk ciptaan tuhan, sama samalah pelihara alam semulajadi, ini secara tidak langsung memelihara habitat seterusnya menjadikan ekosistem seimbang, baru 'sama sama' saling berkongsi dan memerlukan demi kesejahteraan hidup tenteram aman damai.

Sikap terlalu rakus mengejar pembangunan oleh penguasa kapitalis demi mencapai status 'kemajuan', sedangkan mentaliti yang masih mundur minda tahap negara kelas ketiga , menyebabkan habitat asal semulajadi terhapus perlahan lahan, jadi memang tidak hairanlah jika burung bangau ini 'berhijrah' dengan kuantiti yang banyak ke suatu tempat yang lebih baik, segar, nyaman dan sesuai iaitu di Kampung Lonek, Negeri Sembilan. Baru baru ini, ada burung merbuk bertelur dan beranak pinak dalam tandas pejabat.Kebetulan tandas pejabat itu, sudah bersarang dengan tumbuh tumbuhan liar. haha. Boleh baca kisah pasal berkongsi alam di sini Kelihatan Seronok Nampaknya

Syabas kepada orang kampung lonek Negeri Sembilan, yang masih mengekalkan ciri ciri desa semulajadi, semoga dengan kehadiran burung bangau ini, akan dapat meningkatkan lagi pendapatan masyarakat dan kampung itu boleh dijadikan salah satu kawasan pelancongan di negeri sembilan. Agensi pelancongan atau kerajaan negeri, patut memelihara kawasan ini dari terancam.

kehadiran ratusan burung bangau (putih hitam) di sebuah kampung di Negeri Sembilan
Kenalah seimbang dengan pemeliharan alam semulajadi, sebelum melaksanakan pembangunan, kaji dan teliti dahulu habitat yang ada di situ, janganlah di musnahkan, kasihan mereka. Kalau kawasan habitat mereka di musnahkan, mereka nak tinggal di mana ? 

Info tambahan lain yang berkaitan dengan topik ini haha, sebagai orang islam, kita juga wajib percaya pada perkara ghaib, Antara contoh perkara ghaib itu adalah ALLAH SWT, syurga dan neraka serta iman yang semuanya tidak boleh dilihat, perkara ghaib turut merangkumi cerita tentang jin dan syaitan iaitu golongan yang derhaka kepada ALLAH SWT  dan janganlah terkejut di tahun 2020 ini, kalau ternampak hantu/jin di 'melepak' pasaraya, apa taknya kalau semua pokok, sungai-sungai, pun dah kena tarah dan tebang. 'Diorang' nak melepak di mana ?

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Mama setuju.. Kita kena beringat selalu yg Kita ninhamba DN perlu sentias berayukur

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.