Berikut adalah cara cara untuk membaiki pendrive yang corrupt atau rosak, jangan dibuang pendrive tersebut, masih boleh baiki semula, seolah olah menjadi pendrive baru, tutorial ini secara tidak langsung dapat menjimatkan wang anda. Kadang kadang secara tidak sengaja tercucuk pendrive di komputer rakan di pejabat, selepas cucuk, kena virus, pendrive tidak boleh buka, FAT32, not recognise, kena format atau tiba tiba dokumen di dalam pendrive tiba tiba bertukar menjadi shortcut atau hilang. Kalau kena virus shortcut, boleh cuba tips ini cara cara membaiki virus shortcut di SINI

Bagi membaiki pendrive yang telah corrupt, peratusan data untuk mendapatkan data didalam pendrive agak mustahil, mungkin sudah terkena jangkitan virus, kalau buka pun kena format, boleh cuba teknik Cara Cara Membaiki Pendrive Corrupted di bawah ini :

Tutorial Cara Cara Membaiki Pendrive Corrupted ini menggunakan command prompt (CMD), jom kita mulakan ;

1) Pertama sekali, cucuk pendrive yang corrupt tu, di komputer atau laptop. Kalau tak cucuk macam mana nak baiki atau format pendrive anda, Buka Command Prompt CMD, taip diskpart dan tekan enter. Selepas itu taip list disk dan tekan enter , senarai disk akan di paparkan (lihat gambar Rajah 1 dibawah) , hati hati jangan sampai terpilih hard disk laptop atau komputer korang pula.

2) Seterusnya taip select disk  (lihat gambar di Rajah 1 dan 2) panduan untuk menulis select disk, sebagai contoh, list disk (senarai) yang keluar bagi pendrive saya adalah di nombor 1(Disk 1). 

Cara cara membaiki pendrive yang corrupt
Rajah 1
3) Selepas select disk, akan keluar arahan Disk 1 is now the selected disk. Penting di bahagian ini, pastikan nombor disk yang dipilih itu betul, 

Cara cara membaiki pendrive yang corrupt
Rajah 2
4) Selepas itu, taip, clean dan tekan enter.
5) Selepas itu, sila taip create partition primary dan tekan butang enter.

6) Seterusnya taip, active
7) Dan sila taip, partition 1
8) Di fasa yang terakhir, korang sila taip fs=fat32,  dan tekan butang enter, tolong jangan padam command prompt, kerana formatting pendrive akan di proses dan berlangsung dalam berberapa minit, sila tunggu sehingga selesai. (lihat gambar di rajah 3).

Cara cara membaiki pendrive yang corrupt

Anda boleh menggunakan pendrive anda semula, selesai sudah membaiki pendrive yang corrupt. Harap Cara cara membaiki pendrive yang corrupt dapat membantu anda menyelesaikan masalah pendrive rosak. Ini lah tutorial Cara Cara Membaiki Pendrive Corrupted atau rosak yang pernah saya baiki dengan cara ini, walaubagaimanapun saya tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda membaiki pendrive anda, berlaku kerosakan di mana mana bahagian komponen atau kehilangan data di komputer anda. 

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.