Berikut ialah Jadual Rasmi Program Bekalan Air Berjadual Bagi Bulan Februari 2020 di negeri melaka Bandaraya Bersejarah, ini berikutan dari keputusan Kerajaan Negeri Melaka mengisytihar catuan air di Negeri Melaka setelah paras air di berberapa empangan yang semakin susut dan kritikal akibat dari cuaca panas kering.

Menurut SAMB Syarikat Air Melaka Berhad, bekalan air yang disalurkan kepada pemegang akaun air membabitkan selang sehari iaitu dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 pagi hari berikutnya. Selang sehari tak apa, jangan berturut dua hari sudahlah, sebab baldi tak berapa nak cukup. Kalau nak beli tambahan baldi pun kena fikir dua tiga kali, harga baldi bukannya murah pada waktu ini, semua pengusaha baldi ambil peluang menaikkan harga. Boleh baca artikel sebelum ini berkenaan catuan air Melaka di sini .

Pada asalnya program catuan air di Melaka ini sehingga 9 Februari 2020 sahaja, tapi, jadual catuan air berjadual di melaka terkini, sehingga penghujung februari 2020 pula!, masa dulu dulu, kalau tiada bekalan air, mak bawa pergi rumah mak sedara di kampung, mandi air perigi, sejuk..!

jadual program bagi bekalan air berjadual bagi bulan Februari 2020

Walaubagaimanapun, kepada yang ingin melawat atau melancong ke Negeri Melaka, jangan risau, program catuan bekalan air ini tidak meliputi di kawasan pelancongan, hospital dan kawasan perindustrian. Pening juga tiada air, rimas, kalau nak buang air besar atau kecil pun kena berjadual juga, elakkan pembaziran air dan gunakan air secara berhemat. Peringatan penting, semasa bekalan air berjadual dilaksanakan, pastikan suis alat penapis air dimatikan untuk melindunginya dari terbakar tanpa bekalan air. 

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Fuh lega.. bolehlah mm jenjalan melaka sebab Tempat jenjlan x kena catu

    BalasHapus
  2. Makluman Terkini, Catuan bekalan air di Melaka telah bermula fasa ke 2, dimana telah merangkumi kawasan perindustrian dan pelancongan pula. Terima Kasih, maaf atas kesulitan.

    BalasHapus

Posting Komentar