Risau juga kalau tiba tiba demam influenza biasa seperti demam atau selsema mungkin disebabkan tidak cukup rehat atau sebagainya, nak pergi hospital atau klinik takut dijangkiti virus yang lain pula tambahan lagi bermula hari ini di perintahkan untuk bekerja dari rumah sahaja atas sebab arahan langkah pencegahan dan kawalan pergerakan. Kesian peniaga yang perniagaannya terjejas, orang takut nak keluar rumah, risau akan virus berbahaya ini, suka atau tidak terpaksa akur, bagi mengelakan penularan wabak ini.

Perintah kawalan pergerakan yang di umum bermula hari ini di seluruh negara adalah langkah terbaik bagi mencegah wabak Covid-19 ini, bagi rakyat di negeri Melaka , isu cantuan bekalan air amat membebankan. Pemimpin negeri sila selesaikan isu catuan air ini, untuk memudahkan kami warga melaka bertahan, sudah lah perintah berkurung, air pula tiada. Sila tangani masalah ini bagi memudahkan urusan harian kami di rumah, walaupun di rumah, namun masih kena bekerja.

Tanda tanda atau simptom di jangkiti Virus Covid-19 ini ialah, kalau demam melebihi 38 celcius melebihi tiga hari berturut turut, batuk batuk dan susah bernafas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Virus Covid-19 ini, korang boleh layari pautan info Covid di SINI

Sebagai pekerja di bidang teknologi maklumat dan juga blogger separuh masa, bekerja dari rumah adalah perkara biasa, bekerja dari rumah dengan memberi, menerima arahan tugas menggunakan teknologi seperti menggunakan perisian aplikasi teamviewer, anydesk, zoom ataupun google meet, tiada alasan tidak boleh berhubung, Boleh lihat artikel sebelum ini berkenaan Teamviewer di pautan ini, tekan di SINI

Patuhi Arahan Kawalan Pergerakan Covid-19

Patuhilah perintah arahan kawalan pergerakan yang di umumkan ini, dan bekerja dari rumah lebih selamat. Jangan panik dengan berita tidak sahih dari media sosial. Semoga kalian semua dilindungi Allah. Amin.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.