Lumrah kehidupan di dunia, pemimpin sentiasa datang dan pergi, situasi terkini perkembangan Kerajaan Negeri Melaka, kerajaan pakatan harapan (PH) tumbang, kerana hilang sokongan majoriti. Negeri Melaka bakal menerima Ketua Menteri Melaka yang baru dari parti perikatan nasional dan akan mengangkat sumpah pada Jumaat ini 6 Mac 2020. sebagai rakyat negeri melaka, saya berharap walau siapapun yang di lantik dan kerajaan dari parti mana sekalipun, buat lah kerja demi rakyat, jaga kebajikan, dan selesaikan masalah catuan air dengan segera. Gembira bila melihat orang melayu kembali mula bersatu, bermuafakat demi bangsa dan agama.

Perkembangan situasi politik semasa di Negeri Melaka kritikal apabila berberapa penyokong dan pemimpin pakatan harapan membuat demonstrasi di jalanan, menjerit macam orang gila, sedangkan isu air masih menjadi tanda tanya semasa pemerintahan mereka selama hampir dua tahun (22 bulan) pemerintah kerajaan PH sebelum ini, Penyokong PH tidak boleh menerima hakikat kejatuhan parti mereka, terima lah kekalahan dan berlapang dada lah (move on), bising je setiap malam memekak macam orang gila. Protest sana sini, aduh PH, jadi kerajaan tak guna, jadi pembangkang pun tak guna. 


Perkembangan Semasa Politik Di Melaka

Rakyat sudah beri peluang, malah PH khianat, dan lena terkejut di ulit mimpi, janji dalam manifesto hanya janji tinggal janji, isu air pun tiada kesudahan dan tiada jalan penyelesaian, malah bilangan penjawat awam di kurangkan alasan menjimatkan kos pentabiran, ini bertentangan dengan janji PH Melaka di dalam manifesto mereka. Ramai pekerja kontrak dan sambilan diberhentikan. Sudah sudahlah tu, lihat dan muhasabah kembali, di manakah kesilapan pakatan harapan di peringkat persekutuan dan negeri, berpunca dari siapa sebenarnya? Memang di akui, Adly adalah ketua menteri melaka yang terbaik selepas Ali Rustam. Namun apakan daya, ada ahli komponen gabungan mereka, memilih untuk keluar dari kerjasama.

Harap harap bakal ketua menteri melaka yang baru bukan dari kalangan pemimpin yang sombong seperti sebelum ini, dan yang hampir pasti rasanya bukan dia. 

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. siapa agaknya ya CM yang baru? jujurnya saya selesa dengan cara Tuan Adly, tapi tulah, mungkin orang bawahnya yang sukar diterima rakyat..harap yang terbaiklah untuk orang Melaka ni

    BalasHapus
    Balasan
    1. Entah la mizi, mereka masih berebut rebut, malas dah nak ikut perkembangan politik taik ni

      Hapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.