Assalamualaikum semua kepada pembaca blog ini, maaf kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga kan tidak terkejar untuk melihat langsung blog ini apetah lagi untuk mengemaskini blog yang suram ini, walau macam mana pun, syukur juga view traffic blog ini juga semakin meningkat mendadak lebih dari kebiasaan biasa, Alhamdulillah. Apa sebab kenaikan trafik blog tiba tiba tinggi? 

Sebenarnya dalam kesibukan yang teramat sangat ini, banyak jugalah idea untuk menulis, pernah juga hendak meluangkan masa sekurang kurangnya satu jam untuk menulis di blog, tapi bila buka laptop je terus hilang idea. haha, begitulah sukarnya kepayahan sebagai penulis bloggers separuh masa yang tiada siapa tahu, kaedah dan cara penulisan di blog tidak sama macam kita menulis status di media sosial, apa pun terbaik dan tahniah kepada semua rakan rakan bloggers yang masih bertahan. Korang memang awesome kerana masih menjadikan blog sebagai diari kehidupan yang patut di kongsikan untuk rujukan di masa akan datang.

Punca Kenaikan Trafik Blog Yang Tinggi ini adalah di sebabkan, URL link blog ini tidak lagi di sekat dari facebook rupanya, sekatan oleh facebook kali kedua ini lebih lama sikit, lebih kurang 8 bulan lamanya, berbeza dengan sekatan yang pertama. Tidak pasti apa sebab di sekat, mungkin terlalu sensitif ataupun berdasarkan pada aduan khianat rakan rakan di facebook sendiri yang report blog saya sebagai abussive content. Boleh lihat di Sini

Punca kenaikan trafik yang tinggi di blog

Fuh, bukti link url blog ini tidak lagi di sekat dan punca kenaikan trafik yang tinggi di blog, ialah boleh letak url di instagram, memang rasa macam tidak percaya lah, cuba juga tulis url link dan padam semula, dan cuba masuk balik lepas tu save, serius la, di benarkan, tak keluar pun pop-up community standards. Yahoo.  Gembiranya rasa hati, tapi kan, rasa fobia pula nak publish di media sosial link blog ini, risau dengan orang yang suka report url link ini, nasihat saya, kalau rasa meluat dan semak dengan kandungan di dalam blog ini, niat saya untuk menyampaikan maklumat yang baik baik, mungkin ada yang sakit hati atau sebaliknya dengan posting artikel saya, sila lah unfriend saya ataupun unfollow terus saya dari media sosial, janganlah report url saya di blog. Tak baik, Jatuh trafik blog saya...

Punca kenaikan trafik yang tinggi di blog

Semangat untuk menulis semakin membara bila trafik blog semakin menunjuk trend menaik, alhamdulillah. Semoga kenaikan trafik ini dapat memberikan seribu manfaat kepada pembaca pembaca di luar sana. 

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.