Keadaan sekarang amat membimbangkan di mana Jangkitan Covid-19 bagi gelombang kedua menunjukkan trend peningkatan kes baharu yang mencecah tiga (3) angka, risau juga nak keluar rumah kerana pandemik covid-19 telah merebak kembali, Covid-19 telah mula kembali berada di dalam komuniti kerana kealpaan, kecuaian manusia itu sendiri. 

Lebih mengharukan lagi Covid-19 ini turut menjangkiti saudara mara, rakan rakan serta ahli keluarga kerana kontek rapat. Di harap pesakit yang di jangkiti di berikan kesembuhan dan sedarlah kita secara total masih belum selamat dan sentiasalah berwaspada. Jangan sesekali membuka pelitup muka di kawasan yang sesak dan sempit, dan paling penting, pakai pelitup muka yang di tetapkan oleh kementerian kesihatan, jangan pakai pelitup muka jenis fabrik yang tidak selamat.

Di sarankan agar tidak keluar rumah buat sementara, hanya keluar apabila ada urusan penting sahaja. Jangan lupa semak kawasan berhampiran kita dengan mengunakan MySejahtera. 

Ok, tutorial kali ini, adalah untuk memastikan kawasan yang kita ingin tuju selamat atau tidak ? Adakah kawasan itu berisiko tinggi, hanya melalui aplikasi My Sejahtera, kita boleh menyemak kawasan tersebut dalam radius linkungan 1 kilometer dari tempat kita berada, aplikasi My Sejahtera akan memberitahu kita, sama ada tiada yang terkena jangkitan atau ada jangkitan. Bagi yang masih belum memuat turun aplikasi My Sejahtera boleh tekan di SINI . Jom kita lihat Cara Menyemak Kes Jangkitan Covid Berhampiran di bawah ini, 

Cara Menyemak Kes Jangkitan Covid Berhampiran

Pertama sekali, buka aplikasi My Sejahtera, selepas membuka tekan butang Close (di kanan atas), dan pilih Hotspot, tekan sekali dan lokasi anda akan di kenalpasti, sistem akan menyemak sama ada kawasan anda berada itu terdapat kes jangkitan atau sebaliknya.

Cara Menyemak Kes Jangkitan Covid Berhampiran

Namun begitu, jangan lah terlalu yakin, tetaplah mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berwajib, kita tidak pasti sama ada orang sekeliling itu di jangkiti atau tidak, nama pun sistem, yang pasti setiap data di perolehi bergantung kepada waktu untuk di kemaskini, tempoh kemaskini nya tidak berapa pasti. haha

Namun, Cara Menyemak Kes Jangkitan Covid Berhampiran ini boleh sentiasa di gunakan sebagai langkah berhati hati. 

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar