Pada 24 dan 25 September 2020, Jabatan Perdagangan, Politeknik Merlimau, Melaka telah menjemput saya dalam sesi PdP (Pengajaran dalam Pembelajaran) bagi Kelas Pembangunan Asas Video Pembelajaran. Tahniah di ucapkan kepada tenaga pengajar di Politeknik Merlimau kerana mengambil inisiatif menggunakan kaedah yang relevan untuk menyampaikan sesuatu maklumat khususnya membabitkan pembelajaran yang mana seharusnya di masa kini, pengajar perlu menerapkan metod pembelajaran yang sesuai dengan masa kini, kerana metod yang lama tidak relevan di masa kini, maka kena lah belajar sesuatu yang baru, agar pembelajaran lebih seronok, menarik dan tidak membosankan. Sebagai contoh, cuba la meletakkan diri kita sebagai seorang pelajar yang mana ketika di dalam kelas, melihat slide powerpoint yang tiada animasi, tiada video, dan tiada audio. bukan kah itu sungguh membosankan? Lebih haru apabila pengajar hanya mengajar 100% mengikut buku.

Penekanan Metod baru ini bukan sahaja membabitkan golongan akademik malah golongan ahli politik juga tidak terkecuali, sepatutnya golongan ini perlu mengaplikasikan kaedah cara penyampaian yang baru dan fresh, kena la update technology baru ini, agar mesej yang hendak di sampaikan mudah difahami, mengikut arus semasa dan yang paling penting menjimatkan kos (tanpa kertas). Perisian yang di ajar semasa Pengajaran dalam Pembelajaran pada 24-25 September 2020 di Politeknik Merlimau ini adalah Powtoon dan Corel Video Studio, Sebelum ini, berkenaan topik perniagaan dari rumah bersama warga pendidik kemas. Boleh lihat di Sini

Kelas Pembangunan Video Politeknik Merlimau

Modul yang di ajar semasa di dalam kelas PdP ini antaranya seperti bagaimana menggunakan tools di perisian tersebut dan output akhir adalah mengaplikasikan elemen Chroma Key (Green Screen) di dalam tugasan berkumpulan. Alhamdulillah semua kumpulan berjaya menyiapkan tugasan dengan mengabungkan dua perisian ini, paling penting adalah ouput akhir sebenarnya. orang tidak melihat dan tidak akan mengambil tahu pun bagaimana proses editing atau perisian apa pun yang di gunakan, yang paling penting adalah output akhir.

Dua perisian ini lebih kompak dan lebih mudah di fahami antaranya seperti Corel Video Studio Pro, Prezi, Powtoon, Movie Maker dan Powerpoint 2020, perisian ini adalah terbaik dan lebih mudah di gunakan untuk menghasilkan output yang terbaik. Tidak semestinya menggunakan perisian yang terbaik seperti Sony Vegas atau Adobe Premier korang akan menghasil kan output yang baik, yang penting sekali adalah kreativiti dan idea. Idea kalau tak ada, video pun statik ke laut. 

Kelas Pembangunan Video Politeknik Merlimau

Semoga peserta yang menyertai Kelas Pembangunan Video Politeknik Merlimau ini, mendapat manfaat dari ilmu yang di sampaikan selama dua hari ini, 

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Best tu siap ada green screen lagi.. mst diorg ni masuk pertandingan video pdp ni... hehehe

    BalasHapus
  2. Tahniah tuan... PMM dh jd johan pertandingan eDOLA Reset Your World tu.. siap dpt pujian dr ezzah aziz fawzy lg teknik chroma key tu 👏👏👏👏

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.