Pada 24 hingga 25 September 2020, Jabatan Perdagangan, Politeknik Merlimau, Melaka telah menjemput saya untuk mengajar Asas pembangunan Video bagi sesi PDP (Pengajaran dalam Pembelajaran). Tahniah kepada warga pendidik politeknik Merlimau kerana menerapkan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan masa kini, mereka berani berubah perlahan lahan ke arah digital transformation kerana kaedah pembelajaran yang lama mungkin tidak relevan untuk di gunapakai di masa kini, agar pembelajaran akan menjadi lebih seronok menarik, fleksibel dan tidak membosankan. Perisian yang saya ajar semasa Pengajaran dalam Pembelajaran di Politeknik Merlimau ini ialah Powtoon, Powerpoint dan Corel Video Studio X8. 

Peserta kursus di dedahkan bagaimana menggunakan dan mengendalikan tools di berberapa perisian dan aplikasi tersebut dan output akhir adalah peserta harus mengaplikasikan elemen Chroma Key (Green Screen) di dalam setiap tugasan secara berkumpulan. Sebenarnya audien tidak mahu mengambil tahu pun bagaimana proses editing berlaku atau perisian apa pun yang di gunakan, yang di lihat pada akhirnya adalah OUTPUT. Ada banyak aplikasi yang di gunakan untuk menghasilkan Video Interaktif, antaranya seperti Microsoft Powerpoint, Prezi, Adobe Flash dan banyak lagi.

Untuk menghasilkan sesuatu video yang terbaik, Tidak semestinya menggunakan perisian teknikal seperti Sony Vegas atau Adobe Premier, apa yang penting sekali adalah kreativiti dan idea.

Kelas Pembangunan Video Politeknik Merlimau

Semoga peserta yang menyertai Kelas Pembangunan Video Politeknik Merlimau ini, mendapat manfaat dari ilmu yang di sampaikan. Semoga maju jaya.

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Best tu siap ada green screen lagi.. mst diorg ni masuk pertandingan video pdp ni... hehehe

    BalasHapus
  2. Tahniah tuan... PMM dh jd johan pertandingan eDOLA Reset Your World tu.. siap dpt pujian dr ezzah aziz fawzy lg teknik chroma key tu 👏👏👏👏

    BalasHapus

Posting Komentar