Alhamdulillah, pada hari ini saya telah menerima dua adik ipar di dalam keluarga di mana dua adik kandung saya telah selesai urusan persandingan perkahwinan serentak pada hari ini, banyak juga rintangan akibat penularan wabak pandemik covid-19 yang melanda negara sejak bulan Mac yang lalu, selesai dengan jayanya, cuma jumlah kehadiran di hadkan agar tidak terlalu sesak. Harap maaf, bagi yang tidak mendapat undangan jemputan dari saya. Situasi tidak berapa mengizinkan.
Adik ipar yang pertama berasal dari negeri Kedah, dan yang kedua dari Melaka. Sepatutnya majlis berlangsung berasingan pada bulan Mei dan Jun, selepas berberapa kali di tangguh sebab risau akan keselamatan jemputan dan keluarga, akhirnya di tunda hingga lah ke hari ini iaitu pada 31 Oktober 2020. ramai juga saudara mara yang tidak dapat hadir kerana tidak boleh merentas negeri ,PKPD, namun majlis tetap di teruskan juga. Ramai juga rakan rakan yang tidak di jemput atas berberapa faktor, harap maafkan. bilangan jemputan terpaksa di hadkan dan hanya memfokuskan kepada jemputan rakan rakan pengantin sahaja,
Ada juga rakan rakan yang mesej kenapa tak jemput dan ada juga yang berkecil hati, namun seperti kenyataan di atas, jumlah jemputan telah di had kan di atas faktor keselamatan, dan di negeri melaka pun sebenarnya tidak lah 'selamat' seperti yang di jangka, kerana banyak kawasan yang masih di dalam zon kuning. Alhamdulillah selesai juga akhirnya, dan persandingan perkahwinan ini adalah penutup bagi keluarga kami, boleh baca pasal menguruskan perkahwinan adik di kedah di SINI . Paling jauh dapat adik ipar dari kedah, yang kedua, dari Negeri Sembilan.
Yes, saya Menerima Dua Adik Ipar Serentak Pada Hari Ini . Pekahwinan ini merupakan penutup kepada majlis perkahwinan keluarga, akhirnya, semua adik beradik telah selamat melangsungkan perkahwinan. Kami ada lima (5) adik beradik sahaja, tiga telah berumah tangga sebelum ini.
Sebagai abang sulung, cuma satu sahaja harapan saya, iaitu jagalah adik saya dengan baik dan di harapkan berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat. Jenuh juga menguruskan urusan perkahwinan kedua dua adik ini, di tambah lagi keadaan negara yang di ancam pandemik Covid-19. memang menguji kesabaran, korang boleh baca kisah saya menguruskan urusan adik di SINI
Majlis selesai pada jam 4.30 petang, dan tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku, semasa majlis berlangsung, cuba juga nak disiplin kan diri supaya tidak bersalaman dengan jemputan, tapi bila jemputan nak salam 'cangkuk' juga alasan nak beri duit melalui sampul, aduh, terpaksa la salam juga, namun begitu, nasib baik ada sanitizer. Haha, itulah tradisi jemputan yang menghadiri sebarang majlis perkahwinan di Melaka, datang mesti nak beri duit,
Tapi sebenarnya, lebih banyak meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat, dah macam orang jepun hari ini. Haha, tahniah kepada dua mempelai, sebagai abang, terasa diri semakin tua, kedua adik ini yang di anggap masih kecil, dah kahwin dan sekejap masa berlalu. Semoga kekal dan bahagia hingga akhir hayat, jaga pasangan masing masing baik baik.
Tahniah dapat ahli keluarga baru!! Selamat pengantin baru juga kepada pengantin...!
BalasHapusPasal jemputan tu kena faham.. time2 sekarang ni jumlah jemputan terpaksa dihadkan. Untuk kebaikan kita semua juga. Jangan berkumpul ramai2 dan patuhi SOP
alhamdulillah akhirnya bersatu despite pelbagai cabaran musim covid ni
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.