Pada 1-2 Oktober 2020 yang lepas, kami sekeluarga ke negeri Kedah bagi majlis Persandingan Perkahwinan adik saya yang ke-empat, Cikgu Shahrir Akhbar dan isterinya, alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya walaupun pada ketika itu (dalam perjalanan), tiba tiba angka jangkitan Covid-19 di Kedah meningkat mendadak. memang risau betul masa tu, nasib baik kawasan sungai petani itu bukanlah zon merah mahupun kuning. Namun kena lah berhati hati patuhi SOP dan amalkan penjarakan fizikal.

Walaupun tidak semeriah majlis perkahwinan seperti sebelum PKP, namun hajat keluarga pengantin tercapai dan tetamu hadir pun datang berperingkat peringkat. Penat perjalanan ke Kedah sampai sekarang tak hilang, maklumlah memandu, memang lenguh satu badan. Hihi

Angka yang tinggi di kedah itu mengikut sumber dari pihak KKM, jangkitan itu di dalam pusat tahanan, manakala 1 darinya berada di luar kawasan tahanan. Berhati hati la semua ya, mari kita putuskan rangkaian covid ini, elakkan bersalaman dan melaga lagakan tangan, cukup la dengan meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat, jangan letak di dada orang lain pula.Sepanjang perjalanan pulang ke Melaka, ada berberapa tempat kami sempat singgah antaranya seperti jeruk madu pak ali dan kilang proses keropok lekor. Murah murah pun, dua tiga ratus juga kopak. Aduh.

Di dalam tempoh PKP sehingga PKPP ini (Mac-Oktober) memang mencabar jugalah perkahwinan adik nombor empat (4) saya ini, yelah kena kuarantin, tidak boleh merentas negeri dan berbagai bagai lagi, Jadual yang sepatutnya awal, terpaksa di tangguhkan. Alhamdulillah selesai juga akhirnya. Huish, nasib baik saya kahwin dengan orang selangor, tak lah jauh sangat, itu pun kalau nak pulang berhari raya atau sebulan dua tiga kali, dah mengantuk dalam perjalanan, itu baru Melaka-Selangor, belum lagi Melaka ke Kedah. Haha, sebelum ini pernah pergi ke Kedah untuk urusan adik menguruskan hal perkahwinan dia di sana, boleh baca di sini.

Menghadiri Majlis Perkahwinan Adik Di Kedah
Bersama Emak dan Ayah

Tak sanggup nak memandu jauh , di tambah lagi dengan faktor usia, asal gelap malam je mata mesti mengantuk nak terlelap.

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Uish... nasib la bukan kat kota setar... situ yang red zone skrg kan? apapun syukur semua dah selesai dan dipermudahkan... tahniah ye dpt adik ipar baru

    BalasHapus
  2. yg penting sudah selamat. sepupu mama kawin bulan 10 ni kena buat online aje nampaknya

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.