Hari ini, 25 Oktober 2020 adalah minggu kedua bagi Kelas Pembangunan Laman Web, kelas pada minggu ini berkaitan membuat bagaimana membuat installasi dan memahami struktur database serta membangunkan borang (form) menggunakan PHP dan HTML. alhamdulillah kelas yang berlangsung selama dua (2) jam ini berjalan dengan lancar, semua pelajar berjaya membina borang (form) lengkap berserta pengkalan data (database). 

Banyak teori asas pembangunan laman web di dedahkan kepada pelajar pada Minggu Kedua Kelas Pembangunan Laman Web ini, walaupun dalam keadaan berwaspada dengan penularan wabak pandemik Covid-19, pelajar mematuhi setiap kriteria SOP yang di tetapkan dan keselamatan kendiri, penjarakan fizikal 1 meter tetap di amalkan. Pada minggu ini, mereka lebih banyak bermain dengan koding, nasihat dari saya, kalau tengok koding, jangan panik, faham struktur dan objektif koding tersebut. Fahami setiap tag dan posisi pembolehubah.

Di 10 tahun yang lalu, mungkin kaedah penghasilan form (borang) menggunakan koding PHP dan HTML ini mungkin relevan dan ilmu yang patut di pelajari, namun, di masa sekarang, masa amat mencemburi kita, dan semakin hari ke hari, teknologi berjalan dengan begitu pantas sekali, sehinggakan banyak aplikasi yang lebih mudah dan pantas di bina, sebagai contoh, Google Forms. 

Minggu Kedua Kelas Pembangunan Laman Web

Cara cara membina kaji selidik, input data pelajar, konsep yang sama di mana ada fungsi textfield, dropdown menu, checkbox atau sebagainya, korang boleh menggunakan saluran Google Forms. Lebih cepat dan mudah sebenarnya, saya pun banyak membina kaji selidik dan borang online dengan menggunakan Google Forms, serius lah, memang terbaik, dan data yang telah di rekodkan, boleh di keluarkan dalam bentuk Excel dan PDF, Haha.

Walaubagaimanapun, sebagai pelajar, pendedahan seperti cara membina pengkalan data, membangunkan borang atas talian menggunakan PHP dan HTML ini, jangan pula di anggap remeh dan di lupakan begitu sahaja, sekurang kurangnya, kita belajar kaedah cara programming yang mana lebih mencabar dan seronok dan membantu anda menghadapi semester yang seterusnya, perjalanan masih terlalu jauh. 

Insha Allah pada minggu ketiga, pelajar akan di dedahkan dengan Content Management System, bagaimana menghasilkan laman web berkonsepkan Content Management System (CMS), di mana lebih santai dan less-coding , teknik asas seperti membuat table, style, paragraph dan sebagainya yang berkaitan telah di ajar di minggu pertama iaitu HTML. Kukuhkan yang asas dan sentiasa membuat latihan, itu yang paling penting. Tiada jalan pintas untuk berjaya, suka atau tidak, kena belajar.

Minggu Kedua Kelas Pembangunan Laman Web

Apabila membina laman web menggunakan CMS, ini bermaksud pelajar akan di dedahkan dengan kaedah yang lebih dinamik, kurang sikit pening, sebab tak banyak menggunakan koding, hanya perlu drag in dan out sahaja dan menulis di WYSIWYG. Apa tu WYSIWYG? haha, maksudnya What You See Is What You Get, apa yang anda tulis, itulah yang anda dapat. Hehe.

Kepada yang ingin menyertai Kelas Pembangunan Laman Web secara mingguan ini, boleh lah mendaftar Kelas di SINI . Ada banyak subjek di tawarkan dengan harga promosi mengikut sesi yang di tetapkan. 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Baru baca dah poning hahaha...
    Faktor usia kot lagipun kurang minat subject cenggini

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.