Minggu kedua di Kelas Pembangunan Laman Web pada 25 Oktober 2020 pendedahan berkaitan bagaimana membuat installasi dan memahami struktur asas database serta membangunkan borang (form) menggunakan koding pengaturcaraan asas PHP dan HTML. Alhamdulillah kelas yang berlangsung selama dua (2) jam ini berjalan dengan lancar, semua pelajar berjaya membina borang (form) lengkap berserta pengkalan data (database). Latihan di jalankan secara hands on teori dan praktikal. 

Banyak teori asas pembangunan laman web di dedahkan kepada pelajar di dalam Minggu Kedua Kelas Pembangunan Laman Web ini, walaupun dalam keadaan berwaspada dengan penularan wabak pandemik Covid-19, pelajar mematuhi setiap kriteria SOP yang di tetapkan dan keselamatan kendiri, penjarakan fizikal 1 meter tetap di amalkan. nasihat dari saya, kalau lihat koding, jangan panik, faham kan struktur dan objektif koding tersebut. Fahami setiap tag dan posisi pembolehubah.  

10 tahun yang lalu, mungkin kaedah penghasilan form (borang) menggunakan koding PHP dan HTML perlu di pelajari tanpa gagal sebagai seorang pengaturcaraan, dan semakin hari demi hari, teknologi berjalan dengan begitu pantas sekali, sehinggakan banyak aplikasi yang lebih mudah dan pantas di bina, sebagai contoh, Google Forms. Platforms borang kaji selidik atas talian sudah tersedia. lebih elok jika menggunakan perkhidmatan google ini, menjimatkan masa dan tenaga. Hehe 

Minggu Kedua Kelas Pembangunan Laman Web

Di dalam Google Forms, cara cara membina kaji selidik, memasukkan input data bagi data, konsep yang sama di mana terdapat berberapa fungsi seperti textfield, dropdown menu, checkbox atau sebagainya, Lebih cepat dan mudah sebenarnya, saya pun banyak membina kaji selidik dan borang online dengan menggunakan aplikasi Google Forms, data boleh di rekodkan, serta di keluarkan (extract) dalam bentuk Excel dan PDF. Mudah bukan?

Namun sebagai pelajar, penggunaan koding PHP dan HTML ini, jangan pula di anggap remeh dan di lupakan begitu sahaja, sekurang kurangnya, kita belajar kaedah cara dan teknik asas pengaturcaraan yang mana lebih susah, mencabar dan dalam masa yang sama seronok seterusnya dapatlah membantu anda menghadapi subjek semester yang seterusnya, ingatlah, perjalanan masih terlalu jauh. 

Insha Allah di minggu yang ketiga, pelajar akan di dedahkan dengan Web based Content Management System, bagaimana menghasilkan laman web dinamik serta responsif yang berkonsepkan Content Management System (CMS), di mana terlalu santai dan minima koding , berbeza di minggu yang kedua di mana, pelajar di ajar teknik asas melalui koding seperti membuat table, font-style, style, paragraph. Kukuhkan yang asas dan sentiasa membuat latihan, itu yang paling penting. Tiada jalan pintas untuk berjaya, suka atau tidak, harus belajar.

Minggu Kedua Kelas Pembangunan Laman Web

Apabila membina laman web menggunakan Content Management System, lebih tenang, hanya perlu drag in dan out sahaja dan menulis kandungan hanya melalui WYSIWYG editor. Apa tu WYSIWYG? haha, maksudnya What You See Is What You Get, apa yang anda tulis, itulah yang anda dapat. Hehe.

Kepada yang ingin menyertai Kelas Pembangunan Laman Web secara mingguan ini, boleh lah mendaftar Kelas di SINI . Ada banyak subjek di tawarkan dengan harga promosi mengikut sesi yang di tetapkan. 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Baru baca dah poning hahaha...
    Faktor usia kot lagipun kurang minat subject cenggini

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.