Alhamdulillah, berberapa pelajar dari UiTM dan UTeM telah menyertai berberapa kelas pembangunan asas laman web bertujuan untuk memerkasakan ilmu pengetahuan pengaturcaraan. Kelas ini di jalankan secara private coaching (individu), pelajar akan di bekalkan dengan nota, perisian dan pengajaran secara hands on. Teknik mengajar dari saya lebih memfokuskan kepada teknik Hands on di mana lebih menyakinkan dan menusuk kalbu. Haha. 

Pengalaman itu sesungguhnya sangatlah penting, kerana melalui pengalaman itu lah mematangkan setiap ilmu dan yang paling penting, adalah trial dan error, mencuba dan terus mencuba, sebenarnya saya pun masih belajar dan terus belajar, di dalam teknologi, mestilah seiring dengan versi teknologi semasa, kerana kemungkinan modul yang kita belajar pada 10 tahun lalu, mungkin tidak sesuai di terjemahkan di masa kini, kepada yang ingin menyertai kelas seperti Rekabentuk (Designing) , Pembangunan Laman Web, Google 3D, Interaktif 2D, Penulisan Akademik (Rujukan) boleh lah mendaftar kelas saya di    

https://forms.gle/LGqm4hcMx7KqcTTw8

Mod Kelas terpulang kepada pelajar, sama ada mahu belajar secara atas talian (Online) atau face to face (bersemuka) seperti di dalam kelas. Di dalam kelas Pembangunan Laman Web yang di sertai oleh pelajar IPTA ini, pelajar tersebut di dedahkan dengan asas pengaturcaraan seperti HTML. CSS, JQuery dan cara membina rekabentuk layout melalui Perisian Adobe Photoshop.

Saya hanya memberikan idea, tunjuk ajar teknikal dan pendapat berdasarkan pengalaman, selebihnya adalah kreativiti dan idea masing masing untuk memastikan laman web terus mencapai objektif seperti yang di kehendaki. Pada minggu seterusnya, akan di dedahkan dengan bagaimana menghasilkan borang dan database, seterusnya membina laman web menggunakan aplikasi Wordpress dan Joomla. 

Pembangunan Laman Web Secara Hands On

Komponen yang perlu ada untuk membangunkan sebuah laman web adalah kreativiti, asas koding, asas design rekabentuk, rajin dan paling penting minat sebenarnya, Kalau tak minat, datang kelas pun sekadar memenuhi permintaan keluarga, tidak rajin bertanya, memang tak pergi mana pun ilmu yang di ajar.

Bila sebut pasal pembelajaran laman web ini, teringat ketika mengajar sepasukan tentera di port dickson suatu ketika dahulu, pada mulanya terkejut jugalah apabila mendapat jemputan mengajar, yelah mengajar tentera, jangan main main, disiplin di utamakan, kursus tersebut berlangsung selama empat (4) hari. Alhamdulillah, semua tentera yang menyertai kelas laman web di port dickson tersebut, berjaya dan faham dalam membina sebuah laman web. Bila sudah tahu teknik yang betul, mudah sebenarnya, selebihnya adalah kreativiti idea masing masing yang mencorakkan laman web mereka.

Kursus Pembangunan laman web di Kem Tentera, Port Dickson boleh lihat di Sini . Memang terbaik, Mereka menggunakan Open Source Content Management System yang tidak memerlukan kepakaran koding yang tinggi, cuma pada ketika lathan, kebanyakkannya webmaster (pengendali laman web) mereka hampir kebanyakkannya adalah pengendali yang baru. Selepas mereka menyertai kelas ini, baru lah mereka faham bagaimana mahu mengendali sesebuah laman web. Kalau kita fikir mudah, inshallah mudah jalannya, jangan di rumitkan. Inshaallah ada jalan penyelesaiannya.

Terima kasih kerana sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit untuk menimba ilmu, inshallah, setiap ilmu yang di perolehi akan membantu anda di kemudian hari. 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.