Susah ke nak buat laman web ni? saya tak ada pengetahuan di dalam bidang pengaturcaraan seperti koding HTML ataupun PHP, macam mana saya nak buat laman web? Sebenarnya teknologi berlalu sangat pantas dan dari ke hari, tahun ke tahun, penggunaan teknologi menjadi semakin mudah dan begitu menyenangkan. 15 tahun yang lalu pada tahun 1999 hingga pada tahun 2005, untuk menghasilkan sebuah laman web memerlukan kepakaran pengetahuan koding yang tinggi, seingat saya paling asas pun ketika itu adalah HTML dan PHP, pasaran dan permintaan terhadap laman web pada ketika itu sangat lah tinggi.

Namun di tahun 2020, dengan kewujudan pelbagai aplikasi CMS (Content Management System) seperti Wordpress, Drupal, atau Joomla, sesiapa pun boleh membangunkan laman web dengan cepat. Tiada kemahiran pengetahuan di dalam bidang koding pun, masih boleh membina laman web. Bagaimana untuk membina laman web menggunakan Joomla ? Konsepnya installasi sama seperti Wordpress atau pun Drupal, cuma bagi Wordpress, anda perlu membina database terlebih dahulu. Ok, jom kita lihat Panduan Membina Laman Web seperti di bawah ini.

Panduan Membina Laman Web

Buka https://www.joomla.org dan muat turun joomla (lihat gambar di paparkan di atas). Selepas itu, anda akan dapat folder Joomla dalam bentuk Zip Folder dan perlu Extract folder tersebut di dalam Xampp / htdocs/namafolderlamanweb anda. 

Sebelum melakukan Extract file tersebut, anda perlu terlebih dahulu, install web server seperti Xampp apache, boleh lihat cara cara untuk install web server di SINI  Buat folder baru dan namakan sebagai testweb (terpulang), boleh letak apa apa ayat perkataan yang di rasakan sesuai untuk memudahkan capaian nanti.

Panduan Membina Laman Web
Selepas melakukan Extract file dari folder Joomla yang di muat turun sebelum ini ke dalam folder di Xampp/htdocs/testweb  , anda perlu pergi ke web browser seperti Chrome ataupun Firefox, taip perkataan localhost/namafolderlamanweb anda , sebagai contoh localhost/testweb , dan mulakan instalasi Joomla anda. Hanya ada tiga (3) langkah sahaja di versi joomla yang terbaharu ini, pada versi sebelum (Versi 2.5), ada tujuh (7) langkah.  

Ok, jom kita lihat cara cara Panduan Membina Laman Web menggunakan Joomla ini, taip ayat localhost/testweb - namafolderweb , di web browser dan mulakan instalasi .

Panduan Membina Laman Web


Kemudian, paparan seperti di bawah akan di paparkan, dan yang paling penting korang kena Start Apache dan MySql dulu di Xampp Web Servers ye.

Panduan Membina Laman Web
Di langkah yang pertama, iaitu di Main Configuration, anda perlu memasukkan maklumat seperti gambar yang di tunjukkan di atas, di bahagian Super Users Account Details itu, adalah akaun CMS anda dan sebagai Backend system laman web, di gunakan sebagai belakang tabir untuk tujuan editing artikel, memasukkan widget modul, membina rekabentuk laman web dan sebagainya.  Selepas memasukkan maklumat seperti yang di minta, tekan butang Next untuk ke peringkat langkah yang kedua. 

Panduan Membina Laman Web

Di langkah kedua (lihat gambar di atas), yang paling penting adalah di bahagian Username dan Database Name, letak root di bahagian username, dan apa apa perkataan di database name. Seterusnya tekan butang Next.

Panduan Membina Laman Web

Di langkah yang ketiga ini, hanya lah Overview dari langkah yang pertama dan langkah yang kedua, sila tekan butang Next.

Panduan Membina Laman Web
Ini adalah langkah yang terakhir, di mana anda hanya perlu tekan butang Remove "Installation Folder" . dan tahniah, anda telah mempunyai sebuah laman web dari platform Joomla. 

Panduan Membina Laman Web

Semoga berjaya semua. Harap perkongsian Panduan Membina Laman Web Menggunakan Joomla ini memberi manfaat kepada anda semua. Tak susah pun, mudah kan? Ikuti langkah demi langkah, dan kuncinya adalah sabar. 

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. pernah hadir kelas cikgu, tapi sayang laman web yang saya cadangkan dekat ex bos saya dulu tak diterima,saya pun tak diserap masuk kerja,haraplah yang ganti saya tu dapat teruskan website yang saya cadangkan dulu.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Masa tu dah develop atau baru sekadar cadangan? Aduh, sabar ye mizi

      Hapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.