Tutorial kali ini, saya nak tunjukkan kepada korang Cara Membuat QR Code menggunakan Microsoft Word , sangat mudah dan selepas ini, tidak perlu menggunakan perisian tambahan untuk membuat QR Code, hanya menggunakan Microsoft Word sahaja. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bagaimana mahu membuat QR Code, apa fungsi QR Code ini? selaras dengan peredaran teknologi yang pesat dan kecanggihan dunia Gadjet seperti Smartphone, agak pasti telefon tidak akan terlepas dari gengaman di tangan. kan? haha, di meja makan, sebelum masuk tidur, nak mandi pun, bawa telefon di dalam bilik air. Siapa yang macam tu? 

Sebelum ini, saya ada kongsi kan artikel Cara Membuat QR Code melalui Microsoft Excel dan di secara online web, boleh lihat di SINI. Fungsi QR Code ini, konsepnya bila kita imbas kod yang di paparkan, kita akan dapat maklumat, seperti URL Link seperti alamat web, teks dan sebagainya, sebagai contoh lain, fungsinya lebih kepada capaian pantas melalui kod dan pengimbas. 

Kadang kadang, bila kita meletakkan maklumat seperti alamat laman web, nombor telefon, url link atau sebagainya di mana mana penerbitan grafik seperti kad perniagaan, majalah, flyers atau sebagainya, apa bila orang lain taip, peratusan untuk berlaku kesalahan seperti salah ejaan (typo error) amat sederhana tinggi, ada yang jari besar atau sebagainya. Jadi untuk mengelakkan berlaku kesalahan dari segi ejaan, adalah lebih baik, anda menggunakan QR Code, baru lah di tahun 2020 kan? nampak milennium sikit. 

Ok, Jom kita belajar Cara Membuat QR Code menggunakan Microsoft Word, korang boleh lihat cara dan teknik membuat kod tersebut di bawah ini ;

1) Buka Microsoft Office Word, dan pergi ke tab insert, selepas itu cari Get Add-ins. (lihat gambar di bawah)

Cara Membuat QR Code menggunakan Microsoft Word

2). Selepas tekan butang Get Add-ins, paparan seperti di bawah akan di paparkan, apa yang perlu di lakukan adalah, anda perlu pergi ke bahagian carian (search) dan taip kata kunci QR , pilih QR4Office.

Cara Membuat QR Code menggunakan Microsoft Word

3). Di langkah yang ke tiga (3), sila tekan butang Add , untuk menambah QR Code tersebut ke dalam Microsoft Word anda. 

Cara Membuat QR Code Menggunakan Microsoft Word

4). Di langkah yang terakhir, masukkan maklumat, dan pilih kategori maklumat yang ingin anda letak di dalam QR Code anda dan tekan butang Insert sebagai contoh saya meletakkan nombor telefon saya, apabila mengimbas QR Code tersebut, secara automatik akan memaparkan nombor telefon saya. Mudah kan? Semoga berjaya semua.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.