Salam dan selamat sejahtera, sebelum ini saya ada kongsikan di artikel berkaitan cara mudah bagi membina barcode melalui QR Code online generator, banyak kegunaan QR kod ini, namun ia bukanlah boleh di gunakan untuk tujuan perniagaan seperti untuk tujuan mengimbas harga oleh juruwang di kaunter seperti yang kita lihat di pasaraya besar, setiap pasaraya biasanya menggunakan linear barcode yang sah mengikut sepesifikasi yang di tetapkan oleh pihak pasaraya dan pemerintah di mana setiap produk akan di berikan kod, di daftarkan dan di sesuaikan dengan perisian pengimbas, sebagai contoh bawang kod 1110, namun konsepnya adalah sama, imbas , cuma kelebihan QR Code ini, adalah percuma, tidak perlu di daftarkan di mana mana agensi berkaitan. Kebaikan QR kod ini ialah ia boleh mengurangkan kesalahan seperti typo error dan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan sesuatu maklumat (data) dengan menggunakan telefon pintar sahaja. Dengan hanya mengimbas menggunakan smartphone sahaja. Boleh digunakan dengan meletakkan link lokasi alamat rumah untuk tujuan majlis perkahwinan, meletakkan pautan URL laman web, ataupun url link pendaftaran dari google forms. Apa yang terkandung di dalam QR kod ini? Kebiasaanya, seperti URL Hyperlink laman web, nombor telefon, teks mesej ringkas dan sebagainya, boleh meletakkan QR Code ini di kad perniagaan, kan anggota, sistem pendaftaran Check-In (google forms) untuk wabak pandemik covid (seperti my sejahtera).

Cara dan idea yang boleh di sesuaikan dengan QR Code ini adalah dengan apabila menggunakan pendaftaran online melalui Google Forms, sebagai contoh, anda boleh sebarkan url link ataupun secara hypermedia imej seperti QR Code, boleh lihat cara cara membina google forms di Sini. Selepas membuat kaji selidik dan maklumat pendaftaran, boleh la anda meletakkan URL link google forms ke dalam ruangan maklumat QR Code ini, hanya perlu imbas menggunakan smartphone dan isi maklumat. 

Sangat mudah sebenarnya membina QR kod, anda boleh guna QR Generator (baca  di SINI) atau boleh Membina QR Code Menggunakan Microsoft Excel. Mari kita lihat cara cara Membina QR Code Menggunakan Microsoft Excel yang di tunjukkan di bawah ini. Buka Microsoft Excel seperti biasa, pergi ke tab insert seterusnya cari Get Add-ins , kena (add) tambah terlebih dahulu plug-in QR kod ini.

Membina QR Code Menggunakan Microsoft Excel

Selepas itu, di bahagian Search simbol kanta seperti di dalam gambar di bawah ini, sila tulis kata kunci QR code atau QR4office, dan tekan butang Add.

Membina QR Code Menggunakan Microsoft Excel

Selepas tekan butang Add, plug-ins akan di pasang ke dalam microsoft excel anda, dan ruangan QR4Office akan di paparkan di ruangan sheet lejar anda (lihat gambar di bawah).

Membina QR Code Menggunakan Microsoft Excel


Masukan maklumat seperti Teks, mesej atau URL teks dan selepas selesai mengisi dan pilih saiz QR kod yang anda mahukan, sila tekan butang Insert untuk memasukkan QR kod anda ke dalam sheet lembaran kerja worksheet anda. 

Membina QR Code Menggunakan Microsoft Excel

Anda boleh la print screen QR code ini sama ada dengan right click save, atau copy paste di mana mana perisian komputer yang tersedia seperti microsoft word, adobe photoshop dan sebagainya, baru lah bergaya dan memudahkan pelanggan anda dalam melayari laman web dan info info yang berkaitan. Mudah kan? Semoga berjaya dan bermanfaat. 

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.