Semua takut mati, semua orang takut Covid-19, bermacam macam kaedah di gunakan untuk memberi kesedaran tentang bahaya Covid-19 yang mana boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang, darjat dan harta. Pakai pelitup muka tidak menjamin 100% jika kita terleka secara sengaja atau tidak sengaja.
Di waktu kritikal ini, yang paling penting adalah perlu ambil tahu perkembangan jangkitan Covid-19 di Media Sosial ataupun melalui aplikasi yang di sediakan seperti My Sejahtera, boleh sentiasa memantau keadaan sekeliling di dalam radius 1 kilometer melalui aplikasi My Sejahtera. Boleh lihat di SINI. Suka atau tidak, kena paksa diri kita untuk melihat agar kita berwaspada.
Di dalam keadaan kita berwaspada, ada pula yang cuba menyorok kes setempat sedangkan jangkitan itu telah disahkan, semata mata ingin menjaga nama baik agensi tersebut, dan yang naif dan tidak tahu menahu, risau di jangkiti kerana hadir di kawasan tersebut. Allahuakhbar, masih ada lagi manusia begini, tergamak mereka menyorok kes, salah ke memberitahu umum? jangan terlalu memaut golongan kayangan semata mata untuk mendapatkan sesuatu dan tidak perlu mempolitikkan situasi Covid-19 dengan laporan palsu.
Menjadi kontak rapat, berlegar legar, yang memakai gelang tidak mendapatkan semakan susulan. Apa la semua ini, bila kes jangkitan naik, salahkan pihak Kerajaan, saya tidak memihak kepada pihak kerajaan, mereka hanya membuat polisi dan kesedaran, selebihnya adalah lah tindakan dan usaha kita sendiri. Mereka mereka yang memanipulasi laporan ini mempunyai pengikut tegar yang bertujuan untuk menyebarkan laporan untuk tontonan umum, walaupun tidak benar. Mempolitikkan Laporan Palsu Untuk Kepentingan Diri, Tidak takut dengan dosa ke?
Berhati hati semua, duduk rumah jika tiada urusan penting jangan keluar. Covid itu benar dan bukanlah sandiwara. Penat dah frontliners menyelamatkan mangsa jangkitan Covid-19 sampai tidak cukup tidur, tapi ada pula yang cuba menjadikannya lebih teruk, untuk kepentingan politik mereka dan akhirnya mendapat pujian dan pengiktirafan dari kayangan sapu hawau....!
semoga kita berjaya melawan covid19 ni
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.