Assalamualaikum semua, di sebalik kisah duka dan kesengsaraan kita berkurung, mungkin ada hikmah di sebalik musibah wabak penyakit berjangkit Covid-19 ini, sebelum itu, saya ucapkan salam takziah kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga, semoga mereka yang telah pergi menghadap ilahi di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan di ampunkan segala dosa di dunia. Umum mengetahui, pihak Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan antaranya seperti seperti bantuan BPR, BPN, GKP dan mendapat pengecualian bayaran ansuran Moratorium, jika ada lebihan wang tunai, simpan lah sedikit dalam bentuk emas, dan gunakan masa ini di mana (kurang perbelanjaan) seperti kebiasaan untuk memulakan pelaburan emas ini, sangat berguna dan sebagai aset kita di masa kecemasan.

Ok lah, topik kali ini, berkenaan pelaburan simpanan emas, memang cepat masa berlalu, seingat saya, pada dua tahun lepas, harga se-gram emas, lebih kurang dalam RM 176-186, nak mencecah RM 200, memang agak susah pasaran ketika itu. Harga belian seakan floating dan di kawal.Pada 2021, harga emas hampir mencecah RM 288 se-gram dan pada hari ini 6 Ogos 2021, harga bagi se-gram semakin menunjukkan tanda menurun. Harga retail / pasaran se-gram emas adalah RM 350.00. Jom simpan emas untuk masa depan anda. 

Nasihat saya bagi mengawal pengurusan kewangan anda, simpan lah emas demi masa depan yang tidak pasti keadaannya, di dan jangka kegawatan ekonomi akan berlaku, simpanlah aset sekurang kurangnya ada harta iaitu emas. Simpan mengikut kemampuan anda, insha Allah, setiap simpanan emas yang anda lakukan, nilaian gram di dalam akaun anda akan bertambah. Boleh lihat artikel pasal emas di SINI

Apa kebaikan dan kelebihan emas? Pendapat saya, mana mana simpanan adalah terbaik antaranya seperti simpanan ASB dan tabung haji, dan paling terbaik, simpan emas di mana susut nilai wang ringgit, tidak akan menjejaskan nilai emas yang mengikut harga pasaran dunia. Sebagai contoh betapa kita di dalam keadaan Inflasi di mana , Harga barang melebihi harga pendapatan, bawa RM 500.00 belum tentu penuh satu troli, dan sebagai contoh yang lain, tahun 1998, RM 1.00 dapat mee goreng dan air sirap. Emas itu KALIS INFLASI, nilai 1 dinar, sehingga kini tetap boleh membeli seekor kambing atau lebih, dan nilai emas itu sentiasa berubah ubah mengikut pasaran dunia. 

Simpan Emas Bagi Melindungi Wang Tunai Anda

Waktu Sekarang? Ada apa dengan wang tunai note RM 1.00? Apa pun tak boleh. Emas yang kita simpan di dalam akaun simpanan emas, boleh di keluarkan di dalam bentuk fizikal seperti Jongkong dan dinar. Simpanlah emas, jangan simpan wang tunai di dalam bank, kerana harga emas sentiasa berubah ubah mengikut pasaran dunia, dan sudah pasti emas di terima di dalam sebarang transaksi di seluruh seluruh dunia. Merujuk kepada penulisan Tuan Nabil, Duit hadir dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit ialah duit kertas (fiat money). Manakala emas ialah duit dalam bentuk logam berharga (precious metal). Bila kita beli emas, sebenarnya kita hanya mengalihkan sebahagian duit kertas kita kepada duit EMAS. Duit itu tetap ada, cuma dalam bentuk yang lebih berharga iaitu emas 

Realitinya kini, kau bawa duit RM ke indonesia dan sempadan Thailand pun orang sana tak heran, kerana nilai mata wang kita jatuh di sebabkan ketidakstabilan politik, orang indonesia pun berurusniaga dalam matawang dollar, kerana kebanjiran warga singapura. Jom buat akaun emas, saya adalah authorized dealer Public Gold anda, Simpan Emas Bagi Melindungi Kekayaan dan Wang Tunai Anda , dari kita membelanjakan wang tidak tentu hala membeli barang kehendak waktu ini, hubungi saya untuk pertanyaan lanjut di SINI , Terima kasih.

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Sukur tuan Saf ada menyimpan emas..alhamdulillah. baru ziarah blog ..

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.