Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

17 Agustus 2014

Kisah Sebagai Pemain Bola Sepak

Bermulalah semula perlawanan latihan bola sepak untuk jabatan. Agak lama juga bercuti dari bermain bola sepak sejak awal dari puasa lagi. Sepanjang aku dalam kumpulan bola sepak ni, serius wei, Tidak Pernah Menang Walau Satu Perlawanan pun sama ada perlawanan peringkat persahabatan mahupun pertandingan antara jabatan. Ini Kisah Sebagai Pemain Bola Sepak.

Kelakar kan? hakikatnya main bola sepak ni sebenarnya memang penat, penat mengejar bola, entah macam mana lah nama aku boleh termasuk dalam pasukan bola sepak ini, mungkin sebab kehadiran semasa latihan sukses mungkin? minta bola pun orang tak beri. berlari lari kejar angin, kalau dapat bola pun, terlepas, haha. Entahlah, itulah pengalaman aku sebagai pemain bola sepak.

Menjadi lebih pelik, bila sesi latihan bola sepak, pemain yang hadir  berlatih di padang, boleh dikira pakai jari, tak sampai enam (6) orang pun datang, dari enam orang yang hadir ada yang duduk lihat tak bermain dan berlatih pun, memang tak ramai yang hadir, tapi yang menakjubkan, bila ada pertandingan perlawanan besar dan kalau ada lawatan sambil berjalan jalan, tiba tiba pula ada magik berlaku, yang hadir melebihi tiga (3) pasukan, sebab nak pergi lawatan berjalan jalan.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih