banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

27 Maret 2015

Macam Macam Kisah Pelik Berlaku

Perangai dan kejadian aneh dan pelik terbaik minggu ini dan aku rasa wajar untuk di kongsikan bersama korang yang berlaku ialah pada 27 Mac 2015 (jumaat) , tiada niat apa pun, hanya berkongsi kisah dan pengalaman yang berlaku. Antaranya seperti Parking kereta di sebuah pasaraya sambil kereta enjin terlupa padam, dan bergegas pergi meeting, selepas meeting baru tersedar kunci kereta tak tahu letak di mana. Perkara kedua, Handphone kena ragut, dan dapat lihat peragut ada di depan mata, tapi tak bantu kejar sebab berlaku sangat pantas, hanya mampu menulis nombor pendaftaran kenderaan itu sahaja, selepas itu, hanya memerhatikan peragut tersebut berlalu begitu sahaja. 

Aku pelik betul dengan kejadian sebegini, dan kejadian ini bukan lah berlaku pada diri aku, ia berlaku dan terjadi pada rakan aku dan orang di sekeliling aku dan kebetulan terjadi di depan mata. Haha, Merujuk kepada kes (1), selepas jumaat aku ada meeting bagi montage video sebuah agensi kerajaan, dan aku bawa rakan selepas dia parking kereta dia, aku pun bawalah menaiki kereta aku, selepas meeting dan mendapat jalan persetujuan, kami pergi minum, selepas tu, baru kawan tu panik! apa taknya kunci kereta hilang!

Ermm cari punyalah cari tak jumpa, apa lagi, aku bawa dia ke tempat dia parking kereta, dan sedikit lega, kereta nya masih ada dan tidak hilang!! yang peliknya enjin kereta pun tak tutup, kunci tak cabut alahai sampai macam ni sekali kau !! memang kes aneh ni! kalau iya pun, nak menepati masa hahaha meeting dah lah 2 jam setengah..korang bayangkanlah dalam masa 2 jam setengah tu, enjin tak padam, automatik kereta tak lock lah, lokasi meeting dan tempat parking dalam linkungan 15 Km, terbiar je la kereta tu dengan enjin yang masih hidup!!

Nasib baik tak hilang, pencuri masuk kereta terus tekan pedal minyak, selamat!! haha


Anda Mungkin Meminati :

26 Maret 2015

Apo nak di kato

Pening mencari barang yang hilang ni, lepas satu, satu yang hilang, cermin mata Rayban BL Made In Italy John Lennon, hilang wei, lepas tu, pen drive pula, penat lah nak kena flash back ingat semula apa yang aku buat masa hari kejadian. Migrain di buatnya, Arghh, ermm dah nak hilang, nak buat macam mana kan? Cuai betul lah aku ni, rasanya macam dah letak dalam poket seluar, poket seluar bocor ke? Namun, apa nak di kato...

Apa nak dikatakan, bukan rezeki aku, baru hilang pendrive dan cermin mata rayban dah kecewa, macam mana lah perasaan orang yang hilang rumah, hilang jari dan tangan, atau tidak sempurna, Apa apa pun aku kena optimis dan sentiasa bersyukur! 

Maklumat dalam pendrive tu yang lebih penting sebenarnya. lebih bernilai dari harga pendrive tu sendiri..

Anda Mungkin Meminati :

25 Maret 2015

Kelam kabut di buatnya

Kelam kabut semua orang dengan GST yang bakal di lancarkan pada 1 April 2015. Aku pun tak faham, kenapa semua orang borong barang sebelum GST di laksanakan tanpa ambil tahu apa barang yang naik dan turun, menjadi kelam kabut bila iklan yang di tayangkan di TV tidak selaras di pendekkan cakap tak serupa bikin.

Semua perkhidmatan services naik, dengan alasan GST..GST..dan GST, padahal kalau nak di ikutkan logik, SST charge 10% sebelum ini, manakala GST baru 6%..sepatutnya ada barang yang makin turun..kan? kan? kan?

KPDNKK dan agensi enforcement yang terlibat harga barang, tingkatkan lagi mutu perkhidmatan dalam memantau dan mengawal harga barang kesian orang kampung...kesian orang biasa biasa, macam ada yang tak kena lah...ambil kesempatan maybe!


Anda Mungkin Meminati :

23 Maret 2015

Kalau lah cikgu kamu tahu

Kalau lah cikgu kamu tahu! ermm inilah pekerjaan nya si budak kecik ni Qayyum Rayqal !!, kerja sekolah dia, kita yang buatkan..ermm...takpa 'kacang' je..bukan susah pun, tulis huruf g je...siap! lain? suaikan huruf ABC dan abc kecik...ala...ini kerja sekolah senang je..haha

Aku rasa cikgu sekolah tadika si Qayyum ni tak dapat trace yang ini tulisan bapa nya ke atau tulisan anak nya...maklumlah, bapanya kerja di bidang IT, guna keyboard komputer je kalau nak menulis..haha, kalau tulis sendiri, buruk! macam tulisan budak tadika! haha..dah kenalah tu! tak apa..kerja sekolah qayyum biar daddy yang selesaikan...qayyum pergi lah bermain main dengan si adik..

Kalau lah cikgu kamu tahu

Best juga dapat refresh buat kerja sekolah ni..haha



Anda Mungkin Meminati :

Latihan Animasi Flash di Bukit Bayan

Pada 19 Mac 2015, JKKK penduduk Kampung bukit Bayan, Melaka telah menganjurkan latihan Animasi Kartun 2D dan menjemput saya untuk memberi taklimat dan pembelajaran asas animasi , terima kasih kepada penganjur kerana menganjurkan program ilmu seperti ini. Perisian yang digunakan semasa latihan ini, ialah Adobe flash CS 3, kursus ini dijalankan selama satu (1) hari, dan dalam masa yang singkat, rata rata, pelajar dapat menghasilkan animasi, pergerakan (motion), watak kartun, menggunakan teknik teknik yang di ajar.

Latihan Animasi Flash di Bukit Bayan


Antara yang diajar semasa latihan ini ialah seperti asas layer, add motion guide, tween motion dan shape, library, scene, timeline, insert keyframe, insert frame dan lain lain lagi. Nampak macam susah, tapi kalau fokus, dan praktis, pasti berjaya. Bulan ni  saya banyak mengajar subjek Animasi, banyak course yang aku tolak sebab kekangan kerja yang lain dan pihak penganjur juga sedang mencari pengajar yang baru.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih