banner-2017-mcj bkecik-skytech

Wednesday, April 06, 2016

Pergi Meninggalkan Kita Semua

Ketika bersarapan pagi di sebuah warong sambil makan nasi lemak dan nescafe ais, tiba tiba aku terpadang seekor binatang 'kotor' yang cukup di geruni dan di takuti apabila tersentuh, iaitu babi hutan. Bukan menghina haiwan tersebut, tapi itu kan binatang kategori najis berat dalam Islam. Biasanya kalau di kawasan kampung, binatang ini muncul pada lewat malam untuk mencari makanan seperti sampah dan sisa makanan, tapi kali ini tak kira waktu dah...suka suka hati 'dia' je nak keluar, memang takde sifat 'tolak ansur' langsung, membabi buta keluar tak kira siang malam!

Yang menjadi lebih menakutkan, jarak antara aku dengan babi tu cuma berberapa meter sahaja, manalah tahu kan tiba tiba babi hutan ni datang macam kucing minta makanan, cekau-cekau, terkais kais, ingatkan kucing kucing manja bawah meja, sekali rupa rupanya babi hutan! baguslah aku membelai, haha. dan menjadi lebih merumitkan, ia berlegar legar di kawasan rumah milik orang melayu islam, mungkin berdekatan kawasan semak samun dan hutan belukar.

Kepada korang semua, sila pastikan kawasan persekitaran luar rumah korang bersih dan kalau boleh janganlah meletakkan sisa sisa sampah basah, makanan di luar rumah, masukkan dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa. Sekarang ni cuaca tak menentu, panas terik, musim haiwan haiwan keluar dari lokasi asal. Berhati hati


PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi