Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Tuesday, April 19, 2016

Kalau Tak Tahu Bertanya

Kalau tak tahu bertanya, jangan nak memandai mandai, di dunia ini, ramai orang yang berlagak macam pandai, tapi pada hakikatnya macam tin kosong, bising bila di ketuk, di dalamnya kosong, jadi lah seperti padi, semakin berisi semakin tunduk.

Kita sebagai manusia, tidak pernah sempurna, dan sentiasa melakukan kesilapan, sentiasa lupa, dan segala galanya tidak 'kekal', masing masing ada kelebihan yang tersendiri, setiap manusia tidak pula bodoh, tidak pula pandai, setiap dari kita tuhan ciptakan adil dan dengan kelebihan tersendiri, cuma kita samada sedar atau tidak dengan bakat yang dikurniakan tuhan.

Jangan lah merendah rendah kan diri kita kerana kekurangan dan kelemahan sendiri, setiap kebaikan sebelum yang kita lakukan, akan di balas dengan kebaikan, sentiasa lah bertanya dan tidak perlu malu dengan cakap cakap orang di sekeliling kita, pedulikan kata kata negatif, biarlah nak cakap apa sekalipun.
Tiada yang sempurna sifatnya begitu juga aku, kau, dia dan sesiapa pun yang bergelar manusia, yang maha mengetahui adalah Allah SWT.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi