Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Friday, April 22, 2016

Saling Bergantung Antara Satu Sama Lain

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa rupanya bila malam pun berpeluh, tetap terasa bahangnya, nak mandi pun air panas, semuanya panas, hati pun panas, serba serbi buat apa pun tak jadi. Perubahan iklim suhu ini di panggil climate change di mana kejadian ini di sebabkan kegiatan aktiviti manusia dan akan menjadi lebih serius bila kesan perubahan suhu (climate change) ini membawa kepada kemarau berpanjangan dan banjir.

Kehidupan di bumi ini saling bergantung antara satu sama lain, tumbuh tumbuhan, haiwan dan manusia berkongsi alam untuk meneruskan kehidupan yang singkat ini.

Jalan yang terbaik, kurangkan aktiviti yang membabitkan penggunaan tenaga seperti elektrik, amalkan teknologi yang berasaskan green tech, elakkan dari melakukan kerosakan alam yang melampau.

Bila panas panas begini, semua mahkluk mencari tempat teduhan dan tidak selesa. Hantu di melaka pun dah mula muncul menganggu, begitu juga dengan haiwan lain seperti reptilia berbisa. Berhati hati lah dan segala galanya bermula dari sikap manusia itu sendiri yang mana kerosakan alam itu berpunca dari manusia itu sendiri.

Pihak Kerajaan harus memikirkan alternatif kaedah yang terbaik bagi mengatasi perkara serius ini yang mana boleh memberi kesan yang bahaya kepada rakyat.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi