Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Monday, May 16, 2016

Terfikir Sejenak Dan Ada Betulnya

Terfikir sejenak dan ada betulnya bila dengar satu tazkirah dari seorang ustaz yang berbunyi, macam mana Tuhan nak makbulkan doa kita bila kita tidak ada masa dengan DIA, ada orang yang sembahyang 5 waktu, dan berapa masa ketika solat yang di ambil ? katakanlah paling cepat setiap solat 5 minit , di darabkan dengan 5 waktu, maknanya setiap hari tidak sampai setengah jam kita berhubung dengan nya.

Ustaz tu kata lagi, setiap hari kita ada 24 jam, dan Tuhan dah susun cantik dah waktu, di mana 8 Jam bekerja, 8 Jam bersama keluarga dan tidur, 8 jam kita menghadapNya. Subhanallah.

Itu bagi kepada yang solat cukup 5 waktu, aku ni ? solat pun kadang kadang tinggal dan langsung tiada, bagaimana doa mahu di terima Nya? Termenenung sekejap, betul juga kata ustaz tu. 

Dan aku tanya dia lagi, bagaimana nak cukup kan masa supaya seimbang? Ustaz tu kata selepas sembahyang, berzikir dan berdoa, sembahyang sunat dan lain lain lagi, bila waktu lapang awal lewat pagi, bangun pagi sembahyang sunat dan baca al quran.

Huh...dia cakap aku kerja sebagai apa sampai tiada masa ? dan katanya lagi berdoalah kepada Tuhan agar di temukan kerja yang sesuai dengan diri ini, dan permudahkan lah segala urusan, begitulah katanya. Terfikir Sejenak dan ada betulnya, marilah kita berubah ke arah yang lebih baik. Semoga di permudahkan. Amin

Terlelap Kepenatan

Aku gembira melihat anak anak seronok bermain di playground, walaupun tidak selalu bersama dengan mereka di sebabkan sibuk dan walaupun sekejap sahaja, itupun dah memadai dan bermakna bagi aku,takpe next time kita bermain lagi ye anak anak aku. Nanti Daddy bawa tempat lagi best.

anak anak aku

Yang penting anak anak gembira,  macam macam ragam dan keletah anak anak ini. Boleh buat ketawa di buatnya,  Seronok nya mereka bermain, dan bila masa nak pulang ke rumah, sampai terlelap kepenatan. Main masak masak, mewarna, baling bola dan macam macam lagi. Barang barang sekolah nanti daddy belikan ye.


Cara Mudah Menjimatkan Bateri

Kebanyakkan dari kita ramai yang menggunakan aplikasi whats app sebagai medium untuk melakukan komunikasi samaada di rumah, pejabat, tujuan rasmi, group bersama rakan rakan dan sebagainya.

Dan sudah tentu akan membuatkan bateri smartphone masing masing kehilangan tenaga bateri dan perlu di cas semula untuk meneruskan aktiviti komunikasi. Tahukah anda, cara cara mudah menjimatkan bateri apabila menggunakan aplikasi whats app? Whats app telah memperkenalkan whats app web dan boleh di capai di : https://web.whatsapp.com

Dengan ada nya whats app web ini, akan menjimatkan bateri smartphone anda.
Cara cara untuk membuka whats app web ini ialah ;

Baju Muslimah

1) Buka laman web whats app web https://web.whatsapp.com/
2) Kemudian buka whats app anda di smartphone masing masing samaada menggunakan android atau IOS, dan pergi ke bahagian MENU dan seterusnya cari Whats App Web.
3) Imbas Kod QR di web dengan menggunakan smartphone anda.

4) Selepas itu anda akan di bawa terus ke whats app dalam bentuk web dengan pantas.


PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi