Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE

Friday, December 29, 2017

Senarai Pemenang Giveaway Untuk Bloggers 3

Seramai 4 orang peserta telah menyertai Giveaway Untuk Bloggers Edisi Ke-3, dan berikut adalah senarai pemenang bagi edisi kali ini, di undi melalui random.org. Mari kita lihat siapa yang bertuah.

Oleh kerana tidak ramai yang menyertai, mudah sedikit proses di random.org , yelah 4 orang saja kan, keputusan pun keluar sekejap dan tidak loading lama..! Print Screen keputusan pun pantas...haha

Walaupun edisi kali ini, tidak mendapat sambutan seperti edisi Giveaway Untuk Bloggers sebelum ini, ia tetap juga di jalankan, mungkin hadiah kali ini, tidak lumayan kot...? Saya menempah dirham dengan nilai RM 120 untuk 3 syiling dirham ini. hehe, dirham ini sebenarnya, boleh di simpan dan 'amat bernilai' bagi pengumpul perak dirham...! kerana nombor siri dan edisi design yang terbaik, iaitu bertemakan Masjid Al Aqsa. Mana tahu, boleh di gunakan bagi urusniaga di sebelah utara dan boleh di jual kepada pengemar koleksi dirham perak...hehe

Thursday, December 28, 2017

Masih Ada Masa Untuk Menyertai

Stock dirham telah tiba khas buat pemenang Giveaway Untuk Bloggers edisi yang ke 3 (Tiga), setakat ini senarai peserta yang menyertai  adalah seramai 1 orang iaitu sahabat bloggers dari sabah iaitu Etuza, Tahniah dan syabas di ucapkan, hujung tahun memang sungguh sibuk mengalahkan ahli politik, macam macam nak kena urus, hal persekolahan anak, kemaskini akaun, hal pejabat.. dan di tambah  cuti panjang sempena perayaan Krismas.

Masih ada masa lagi untuk menyertai Giveaway ini...tiada paksaan untuk menyertai, untuk pengetahuan semua,  syiling dirham ini bukan biasa biasa di mana terdapat nombor siri yang unik dan sangat di perlukan bagi pengemar dan pengumpul koleksi dirham dan perak.

Inshallah, giveaway yang seterusnya, berkemungkinan hadiahnya mungkin gold bar 0.5 gram.

Sunday, December 24, 2017

Welcome To The Jungle

Aku pun tak faham, macam mana aku boleh terjebak bermain permainan smarphone yang hangat sekarang ini iaitu Mobile Legends Bang Bang! haha, akhirnya..menjadi addicted gila pula pada game ini...! Itulah! bak kata orang orang tua...jangan benci sangat..nanti lama lama jadi suka, hah! betul la tu...bila tengok orang main game Mobile Legends Bang Bang! mula mula rasa menyampah lak, sebab menghadap handphone macam orang gila! Akhirnya... aku yang jadi leader siap bentuk kumpulan  lagi untuk bermain game ini! haha

Best woo main game Mobile Legends Bang Bang! ni haha...dapat kuasa dan boleh kill enemy..! konsepnya mudah..serang tower musuh...ni aku bagitahu korang, bukan lelaki je yang join, orang perempuan pun ramai yang join..! kalau korang tak percaya, cuba lah install game Mobile Legends Bang Bang! ini di google playstore..tapi sebelum tu, sila pastikan semua urusan selesai ye...jangan sampai menghadap game Mobile Legends Bang Bang! hal penting seperti hal anak isteri, hal kerja dan sebagainya terabai. kalau dah start game Mobile Legends Bang Bang! ini, tak boleh nak stop..sebab takut kena denda..! haha.

Letih Di Jalan Raya

Salam hujung minggu semua, di harapkan korang manfaatkan hari cuti ni ya, aku seperti biasa lah tidak ke mana mana, tetap selesa duduk di rumah, tengok laptop dan habis kan masa di dapur untuk memasak....hari ini nak cuba menu baru, iaitu asam pedas dan masak lemak siput sedut...memang padu, beb .....aku masak hari ini, tak sempat nak snap gambar, sebab berselera makan masakan sendiri...hehehe

Nak jalan jalan macam letih pula, sebab nya, semalam dah sehari suntuk tersangkut traffic jammed kerana sesak di jalan raya, penuh kenderaan, orang ramai datang ke Melaka..hurm!! Melaka ni, bukannya ada flyover, tiada jalan pintas...suka ke tak suka, kena hadap kesesakan jalan...! di tambah lagi sekolah pula akan buka tidak lama lagi..tu yang nak kena prepare hal anak anak...ermm kadang kadang give up nak berjalan di negeri sendiri...! sebab jalan raya di negeri Melaka ni...lain macam! 4 lorong jadi 1 lorong...3 lorong jadi 1 lorong....ermm aku harap korang faham apa yang aku cuba nak sampaikan ...!!

Selamat menyambut perayaan krismas bagi yang beragama kristian dan khatolik,  moga ada sinar dan kebahagiaan di dalam menyambut perayaan krismas. 

Friday, December 22, 2017

Giveaway Untuk Bloggers Edisi Ke-3

Salam Jumaat semua, sempena hujung tahun 2017 ini, aku ingin membuat Giveaway Untuk Bloggers 3 di mana tujuannya adalah untuk memberikan sedikit saguhati atau hadiah kepada rakan rakan bloggers yang mana tidak jemu melayari blog yang tak seberapa nak indah ini...kali ini hadiahnya agak rare, di mana berbeza dengan giveaway untuk bloggers yang sebelum, di mana hadiah nya dalam bentuk syiling perak iaitu DIRHAM. Ada 3 Keping syiling Dirham untuk di berikan kepada pemenang...  

Dirham ini mempunyai nombor siri yang boleh di katakan agak cun, dan menjadi rebutan bagi pengumpul perak dirham...dan harga sekeping syiling dirham ini bergantung kepada edisi dan harga nya lebih kurang RM 30 - 40. Kalau di Negeri Kelantan....boleh beli ayam guna dirham!

Jika di utara, seperti di kelantan, maybe ada urusniaga yang menggunakan perak dirham.  Itu saya tak berapa pasti. Jika ada sambutan, mungkin akan di tambah lagi dirham itu....dan nantikan untuk edisi yang ke empat...berkemungkinan hadiahnya gold bar 0.5 gram atau 1 gram!. Nantikan di Edisi yang ke-4 nanti....!

Thursday, December 21, 2017

Akibat Tidak Cukup Tidur

Kepala pening, tidak terkawal dan perlu rehat secukup nya, sebab dah berberapa hari tak tidur secukupnya, dapat tidur pun 2-3 jam je..di tambah lagi dengan cuaca panas terik di luar pejabat, rasa macam nak pitam, apa pun masih mampu lagi bertahan...sebab ada saja perkara yang tidak dapat nak elak, seperti order dari customer dan sebagainya lah, suka tidak suka, kena lah lakukan..demi mencari sesuap nasi...! Maklumlah sebagai ICT Consultant konon nya...! hehe

Rasa macam nak bercuti ke luar negara..ambil angin di luar, tapi ekonomi tak mengizinkan! takpe sabar dan simpan sikit lagi emas sebagai tabungan kecemasan....! Nasib baik esok dah waktu cuti hujung minggu, tapi apa kah pengertian rehat dan masa kualiti sebenarnya dalam diri kita..sedangkan di waktu cuti pun, masih 'sibuk' dengan smartphone...rasanya itu lah yang membuatkan diri kita mabuk dan khayal, hanyut....! sehinggakan masa berlalu begitu cepat, dan lupa masa untuk tidur...!

Zaman kini, pepatah seperti tak makan nasi tak apa, asalkan internet dan smartphone ada...kan ? kesimpulannya..kita hanyut dengan teknologi masa kini....! kalau 5 minit berenggang dengan handphone, rasa macam hidup tak complete..jika dah puas membelek smartphone...di belek nya pula laptop...! sampai bila harus begini, letih dan 'rosak' badan di buatnya....!!

Terima Hadiah SPM Fever Giveaway

Alhamdulillah, telah terima bungkusan hadiah yang aku menang di  SPM Fever Giveaway tempohari, hadiah nya ialah buku Prelove Novel , ermm...terima kasih lah banyak banyak kepada penganjur program, memang tak sangka lah boleh menang, dapat novel pula tu!  haha setelah sekian lama kemarau kemenangan giveaway dan segmen anjuran dari bloggers. join giveaway ini pun last minit...

Apa pun syukur walaupun apa yang di beri, kalau nak beli di kedai, mahal juga tu, yelah novel kan ? Aku akan cuba menghabiskan chapter by chapter di dalam novel tu, inshallah, dan yang bestnya dalam bahasa english! Tajuk novel pun dah mengkacau bilaukan otak aku..! membaca novel ni kena ada feel dan mood yang tenang, baru boleh menjiwai seolah olah kita berada di dalam situasi penceritaan..betul tak? Lepas ni, nak baca novel macam ala ala cerita korea Windstruck ..barulah hero yang romantik dan penyayang...haha

Tuesday, December 19, 2017

Bukan Senang Nak Jadi Ketua

Bukan senang nak jadi orang atasan, kena bijak buat keputusan akhir, dan kena ada ilmu serba serbi, dengan ada ilmu pengetahuan yang luas, barulah boleh menjadi orang atasan yang di segani oleh kakitangan bawahan. Jangan tahu memaki hamun tanpa sebab, menghukum membuta tuli dan mengarah itu ini..tanpa bimbingan...! Itulah yang terjadi di sesetengah agensi baik di sektor swasta mahupun di sektor kerajaan. Hanya tahu tulis 'sila urus', 'sila ambil tindakan' sahaja..dan orang bawahan pula terpinga pinga...! Kesian sungguh bila mendapat orang atasan yang macam ini...dan lagi kesian dengan orang bawahan yang seperti pak turut..! mengikut sahaja walaupun perkara yang di lakukan itu salah! 

Bukan senang nak jadi ketua! ya, kena ada ilmu dan pengalaman secukupnya..dan bijak dalam membuat keputusan! walaupun di saat saat kritikal, mampu menangani sebarang masalah dengan cemerlang, bukan meletakkan sepenuhnya di bahu kakitangan bawahan.

Bergaya Dengan Bluetooth Earphone Sunglass

Bergaya dengan sunglass bluetooth, perjalanan ke tempat kerja pun semakin ceria..haha, kalau korang berminat bolehlah ke kedai gadget dasher di page facebook/gadgetdasher

Boleh juga di gunakan untuk aktiviti riadah seperti jogging, hiking dan sebagai nya. Mudah di gunakan,hanya ON kan bluetooth di smartphone korang dan pairing sahaja dengan sunglass earphone...

Bluetooth Earphone Sunglass DM Dasher
Kalau sesiapa yang berminat, boleh ke facebook page kedai gadget dasher, dan boleh dapatkan diskaun rm30 tau. Banyak barangan dan gadget boleh di dapati di Kedai Gadget Dasher , Boleh baca kisah Bluetooth Earphone Sunglass di sini .

Monday, December 18, 2017

Bluetooth Earphone Sunglass

Yeah, produk yang di tunggu dari kedai gadget DM Dasher  telah sampai di rumah!  nama nya Bluetooth Earphone Sunglass keluaran dari syarikat DM Dasher Sdn Bhd, pada mulanya aku fikir apa benda ni sampai nak kena connect bluetooth la bagai semasa  review produk ni di kedai gadget dasher, rupa rupanya produk ini 2 in 1, sambil bergaya dengan memakai cermin mata sunglass dan dalam masa yang sama boleh tenang & relax mendengar audio..! memang sesuai untuk aktiviti indoor dan outdoor, EARPHONE BLUETOOTH TERBAIK dan sangat berguna buat aku kerana muzik dan aku memang tak dapat di pisahkan, sebab apa ? sebab..muzik boleh memberi inspirasi dan semangat untuk memulakan sesuatu tugasan….maklumlah bekerja di bidang IT development ni memang stress memanjang dan selepas seharian penat bekerja, masa on the way nak pulang ke rumah...rasa nak merawat diri dengan mendengar lagu yang mampu menenangkan diri, yelah..takdelah boring sangat bila tunggang motor atau ketika drive kereta! Kalau drive car pun, bosan lah..asyik lagu yang sama sahaja di radio, sekali sekala layan mp3 lagu di smartphone pun best juga! hehe...dan dengan ada nya Bluetooth Earphone Sunglass ini...aku dah tak perlu lagi guna Earphone biasa yang berserabut dengan wayar...!

Friday, December 15, 2017

Kalau Dah Jodoh Tak Kemana

Salam jumaat semua, di harapkan semuanya sihat sihat dan mendapat berkat dari hari yang mulia ini, kalau ikutkan hari ini, nampak gaya nya semua nya seronok lah ya ? sebab hari terakhir sebelum cuti di hujung minggu, yang seronok nya, mungkin sesiapa yang bekerja kerajaan ..hehe

Tapi berbeza pula dengan aku yang kalau boleh jangan lah cepat tiba hari jumaat, bukan sebab apa..sebabnya, di hari cuti sabtu dan ahad, banyak supplier tak beroperasi dan mana mana urusan yang tak selesai di hari ini akan bersambung ke hari isnin....! Mungkin tangan dah gatal...sebab nak dapat duit kot? Mungkin..?  Haha

Sebagai contoh merujuk kepada perengan yang aku tulis di atas , mana mana perkhidmatan yang memproses sesuatu di dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja...! Maka, perkhidmatan akan bersambung di hari Isnin..Apa yang pasti, takkan lari gunung di kejar, dan kalau dah jodoh tak kemana kan ? dan kalau sudah tertulis, maka itu lah dia! hehe , apa pun, manfaat kan lah hari cuti korang semua, gunakan masa rehat sebaiknya. Sekejap masa berlalu, pejam celik kita dah semakin hampir tiba ke tahun 2018. 

Tuesday, December 12, 2017

Lebih Dasyat Berbanding Sebelum

Alkisah ketika nak pulang dari mengajar laman web di UTC Melaka, tak perasan yang di luar sedang hujan lebat ketika latihan di jalankan, lagi sekali helmet masuk air..kali ni lebih dasyat berbanding kejadian sebelum..air hujan penuh! dah macam kolam ikan..haha..kalau letak ikan dalam tu...comfirm ikan riang ria berenang...!

Naik motor ni feel dia lain...tak sama macam bawa kereta...yang pasti! tak menjadi suatu kesalahan pun nak bawa apa kenderaan sekalipun...kecuali, kalau lesen dan roadtax sudah expired lah! hah...pastikan semua telah renew ya, karang tak pasal pasal kena saman dengan abang polis! dan barulah boleh bawa di atas jalan raya..

Membina Laman Web Joomla 3

Bulan yang sibuk, tiada langsung masa untuk rehat di mana menguruskan hal syarikat iaitu tempahan bunting, buku catatan sekolah, kelas website dan 3D, wah, memang tak menang tangan! akhirnya dan di waktu ini, baru lah dapat rehat kan diri, selepas semua job selesai walaupun perlahan tempo nya, selagi tak siap selagi tulah tak berhenti, untuk memerah keringat idea dan otak! dan dalam masa yang sama aku sedih sedikit lah, sebab harga emas jatuh lagi!!, aku harapkan akan meningkat kembali, dan kini adalah masa yang terbaik untuk menambah emas, tak apalah, untuk simpanan jangka panjang...dari duit kertas lebur macam tu je kan...baik lah tukar kepada emas fizikal, di masa sesak..boleh lah guna emas yang ada...

Terima kasih kepada yang hadir di dua (2) kelas aku yang terakhir di tahun ini, iaitu bengkel laman web dan kelas 3D, kepada yang berminat untuk menyertai kelas seperti ini, kena tunggu tahun depan 2018 tak lama lagi, boleh semak di laman web penganjur iaitu di www.emelaka.gov.my atau boleh call aku terus di 016 6474201 untuk booking tarikh kelas di tahun depan, jika malu, boleh whats app di SINI

Wednesday, December 06, 2017

Bengkel Laman Web Di Port Dickson

Alhamdulillah, telah selesai bengkel latihan Laman Web bagi tentera di institut kejuruteraan tentera darat yang bertempat di port dickson, tempohari lalu. Bengkel ini adalah untuk siri yang kedua, dimana tujuannya, untuk menambah baik dari yang sebelum, dan selepas selesai bengkel, rata rata feedback dari tentera ni semua memberi respon yang positif..itu yang aku mahukan, dan cuba memberikan pemahaman supaya mereka faham betul betul.

Pertama kali mengajar di Kem tentera, so kenalah mengikut undang undang mereka, tepati masa, disiplin dan melaporkan diri setiap kali keluar masuk...namun apa nak buat, ikut sahajalah.

Berguna Di Waktu Kecemasan

Ramai yang busy minggu ini, PAU aje yang di sebut dan mahu pergi ke PAU ? puas aku fikir....kenapa korang asyik sebut PAU-PAU ni.....game PAU ke sampai dapat elaun ? atau kuih Pau ? Aik..takkan makan kuih PAU dapat duit ? pelik pelik, aku install game PAU, tak dapat pun duit!... rupa rupanya PAU yang di maksudkan itu ialah Perhimpunan Agung UMNO...wah! betul bersemangat ya kali ini ahli ahli..apa pula topik kali ini yang di bincangkan ? Sehinggakan menjadi hangat di perkatakan ?

Apa pun lupakan pasal PAU...siapa yang ahli parti..boleh lah menyertai PAU..hehe, hari ini aku tengok graf emas di public gold...emas jatuh lagi kepada RM 182 / Gram. Semalam rasanya RM 184 / Gram. Tauke emas kata..inilah masanya untuk membeli...!Sebenarnya banyak kelebihan menyimpan emas, korang boleh simpan sikit sikit, minimum RM 100 kedalam akaun GAP Public Gold...kalau sudah cukup gram dalam akaun simapan, korang boleh keluarkan fizikal, jika di waktu kecemasan, boleh pajak di pejabat pos yang mempunyai Ar Rahnu yang berhampiran, anda akan mendapat pinjaman mengikut harga emas semasa!...Boleh baca artikel mengenai emas di sini . http://www.safirulamar.com/2017/06/akaun-simpanan-emas-gap.html

Monday, December 04, 2017

Cara Membuat Banner Ukuran Sebenar

Hari ini aku nak share cara - cara nak buat banner mengikut ukuran yang sebenar dalam bentuk feet ataupun nama lain nya KAKI, sebagai contoh, 3 kaki lebar(W) x 10 kaki tinggi (H), tutorial ini aku fokuskan pada pekerja kerajaan terutamanya yang bekerja di bahagian teknologi maklumat, kadang kadang aku 'tergelak' dengan mereka, asalkan boleh je hantar softcopy banner yang telah mereka siapkan...persepsi mereka, yang penting nampak saiz sama seperti banner sudah cukup......! sedangkan jika print out hasilnya sangat menyedihkan...ukuran nya pula di dalam bentuk Pixels sebenarnya...resolution ? ah...jangan cakap lah....72! dan sepatutnya maximum 300 px...supaya hasil selepas print lebih jelas. Ada tu yang hantar dalam bentuk power point pun ada....kata nya design / softcopy banner tu ada di dalam power point...!! Banner dan bunting yang mereka tu, maybe boleh jadi banner blog, bukan nya untuk percetakan, kerana tidak sesuai...

Rahsia We Chat

Tutorial ini sangat asas dan mudah..so selepas ini, korang sudah boleh menjimatkan kos dan tidak perlu membayar upah tambahan design pada syarikat pencetak, hanya perlu membayar pada kos yang minimum sahaja...

Sunday, December 03, 2017

Syukuri Apa Yang Ada

Kesian nya dengan mereka ini

Kadang kadang kita selalu fikir yang hidup kita susah, sedangkan masih ada lagi insan yang lebih memerlukan...yang penting mereka bahagia dan memahami. Tiada apa yang sempurna, baik yang kaya mahupun yang miskin...ada bahagian masing masing, dan ada ujian dari Nya...

Saturday, December 02, 2017

Membeli Bagai Nak Gila

Baru baru ini ada sebuah pasaraya di Melaka yang melelong barangan mereka di sebabkan penutupan cawangan, kadar diskaun memang tak masuk akal...kalau lihat secara kasar nya..memang murah lah dari harga yang sebenar...

Memang ramai yang datang...membeli! Memborong bagai nak gila..tapi, aku hanya mampu melihat sahaja, nak khabarkan, orang ramai dah tak fikir apa dah....keadaan dulu nya yang suram..kini seperti pesta atau seperti di pasar malam suasana nya...hehe

Esok kalau bila tiba tengah bulan...duit sudah habis,jangan pandai komen kata kerajaan teruk la, di zaman inflasi lah...harga barang naik lah...sedangkan kita beli barang dengan harga yang mahal sebenarnya...! Orang lebih gemar duduk rumah dan hanya menunggu cheap sale sahaja....!

Friday, December 01, 2017

Berada Di Luar Kawasan

Salam maulidur rasul buat semua rakan rakan blog...maaf atas kesibukan urusan kerja, dan berada di luar kawasan, blog pun tak sempat nak jengah sangat, apatah lagi, untuk blogwalking blog blog korang semua dan reply komen..

Sepanjang urusan kerja syarikat di Port Dickson, banyak perkara menarik dan kisah lucu untuk di kongsikan...di blog, dan dapat lah pulang ke Melaka dengan gembira dan puas hati kerana kerja berjalan dengan lancar! Hari ini sempena cuti umum, sempat juga lah blogwalking dan komen blog rakan rakan, bagi blog rakan yang lain, jika ada kesempatan saya akan menjengah dan membaca kisah yang mereka  kongsikan di blog...

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi