Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Monday, October 16, 2017

Bulan Yang Sukar Dan Mencabar

Dalam banyak banyak bulan sepanjang tahun 2017 ni, bulan 10 lah yang paling mencabar rasanya...sebab apa mencabar ?  gaji masuk awal kan,  sebab raya deepavali, dan untuk next gaji kena tunggu 44 hari....wah! memang lama tu...biasa nya lah, kalau ikutkan pengalaman masa makan gaji ..gaji biasa nya akan masuk setiap 25 haribulan setiap bulan, dan rutin aku bila hari pertama dapat gaji, selesai kan hutang dulu, contoh hutang kereta, duit anak, bil telefon, duit dapur, bil air, bil api, bila hutang dah selesai, baru dapat gaji bersih...yang part gaji bersih ni..ada sedih sikit lah...haaa

Dalam tempoh 6 hari bermula dari 25 hb hingga ke 1 hb awal bulan yang seterusnya, biasanya...baki dari gaji yang ada...dah tinggal paras paras hidung (nazak)...ermm itu biasa lah. Itu tak masuk lagi kereta kena service, tayar meletup bila on the road, bateri kereta 'kong', anak sakit..hee....itulah kehidupan..semakin hari semakin mencabar..kita kini hidup di zaman inflasi..harga barang dan bil utiliti meningkat melebihi pendapatan, naik tak turun turun.
Terseksa sedikit bulan ni.....sebab akaun bank  syarikat pula, tiba tiba kena terminate, so kena create akaun bank lain yang baru...itupun atleast kena standby deposit RM 2000.00 depend pada bank. Kalau maybank cam tu harganya....alahai...akaun bank kena prepare juga, sebab kalau dapat job, nanti senang nak cheque deposit...kena ada syarikat....dan bank akaun. penting lah juga akaun bank syarikat ni..

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi