Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

18 April 2018

Hidangan Pag Pag Yang Menyelerakan

Beruntungnya kita menjadi rakyat Malaysia, semuanya serba serbi cukup, walaupun bersederhana, namun aku bersyukur kerana masih lagi dapat hidup aman, makan,minum, walaupun nasi, sambal dan telur dadar sahaja pun itu sudah cukup mengenyangkan bagi aku, Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, terlalu banyak makanan melimpah ruah sehinggakan berlaku pembaziran, makanan yang tak habis, di buang begitu sahaja ke dalam tong sampah ! Lebih ketara apabila tiba bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, sudah tentu banyak juadah yang akan di beli, akhirnya tak habis dan berlaku lah pembaziran, makanan itu di buang begitu sahaja, begitu la bertapa 'kaya' nya rakyat Malaysia.

Mari kita lihat rakyat di luar negara, golongan miskin khususnya luar bandar di philipine terlalu daif dan keadaan ini memaksa golongan ini agar terpaksa 'melakukan aktiviti' untuk menyambung hidup dengan mengutip lebihan sisa makanan di dalam longgokan plastik sampah yang dibuang oleh pekerja pekerja restoran mewah di sana, sebagai contoh, sisa ayam ini akan diproses dan dimasak semula untuk dimakan. Makanan ini dipanggil ‘PagPag’ iaitu istilah Tagalog untuk makanan yang dihasilkan daripada sampah ini. PagPag bukan sahaja sisa ayam daripada sampah, malah boleh jadi daging beku yang sudah tamat tempoh,ikan atau sayur-sayuran yang dibuang oleh pasaraya. Adakah korang semua sanggup melakukan ini jika keadaan ekonomi memaksa ? bersyukurlah hidup di Malaysia...yang mana, semua rakyatnya mendapat 'kemewahan' makanan, sehinggakan berlaku pembaziran...


Anda Mungkin Meminati :

4 April 2018

Ramai Yang Hubungi Bertanyakan

Sejak akhir akhir ini, ramai yang hubungi aku bertanyakan tentang bagaimana untuk mendapat sijil perniagaan online dan yang paling banyak bertanya ialah berkenaan bagaimana menggunakan perisian microsoft office word dan penulisan akademik.

Ada berberapa entri berkenaan tutorial menggunakan perisian di dalam blog ini yang tak relevan lagi untuk di rujuk kerana perisian tersebut telah bergerak pantas versi terkini, sedangkan tutorial di dalam blog ini, merujuk kepada versi sebelum. Kena lah belajar versi yang baru, tak banyak yang berubah, cuma ada berberapa features dan interface yang berbeza, termasuklah wording atau term yang baharu.For the next time, aku kena alert....untuk versi yang terkini, kerana masa bergerak pantas......! hari ini belajar versi 2.0 , esok dah 2.1..aduh! Pening gak, bila apa yang orang tanya, tak sama dengan apa yang di tulis didalam blog....tak apa, ada penyelesaiannya, setiap masalah pasti ada penyudahnya...jangan risau...!

Apa pun, terima kasih dan tahniah kepada korang, kerana ada inisiatif juga untuk mencari ilmu di google, tidak semua maklumat di google itu tak berguna, lebih banyak yang berguna, kalau kena dengan carian word, akan jumpa apa juga apa yang kita inginkan...


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih