Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Friday, November 16, 2018

Tidak Semestinya Tiada Kualiti

Korang ada ke membeli belah di lazada dan shopee masa tarikh 11 November yang lepas? memang sale gila gila, dari harga RM 150.00 jadi RM 30.00, dari harga ratus menjadi ringgit atau puluh puluh sahaja. Kualiti yang mungkin agak kurang..tapi okaylah sedap mata memandang, menarik di pakai dan yang paling penting ialah murah...

Barang murah tak semestinya tiada kualiti, baru baru ini, sedikit kecewa, bila pemberian kita di reject dengan alasan murah gila! huh..aku tak nyatakan berapa harganya...memang harga asalpun ratus ratus...nak di jadikan sempena sale...dan ada duit sedikit..belilah, tapi, sedih bila pemberian itu di ketawakan begitu sahaja...ceh! macam lirik lagu roti gardienier eh...huhu

Tak suka tak apa lah, barang tu boleh jual semua di shopee atau lazada, atau beri sahaja pada makcik yang jual keropok di tepi tepi jalan, at least dapat pahala....

Nasihat aku, terima lah setiap pemberian yang di berikan dan berikan senyuman, ucapkan lah terima kasih sebagai tanda menghargai...bukan senang hendak cari duit di masa kini...at least ada juga lah yang hendak di berikan...daripada langsung tiada...jangan esok nanti dah tiada lagi didunia, baru lah nak menghargai...

Friday, November 09, 2018

Kalau Susah Sangat

Baru baru ini ramai yang menghubungi aku bertanyakan berkenaan proses online untuk membeli certificate SSM (suruhanjaya syarikat malaysia), aku just nak inform yang aku bukanlah kakitangan agensi SSM ya, apa yang di tulis di dalam blog ini, hanya pengalaman yang telah di lalui dan sedikit ilmu yang ada, aku cuba kongsikan, walau bagaimanapun, selagi bernama sistem, sistem proses akan berubah ubah samaada perubahan dari segi layout, proses dan sebagainya dan dalam erti kata lain, tidak relevan dari semasa ke semasa.

Kalau susah sangat tak apa, tak jadi masalah, boleh datang terus ke kaunter SSM, boleh secara manual macam biasa.....amacam ? ada tokoh tak untuk jadi staff SSM ? haha...banyak menjawab bagi pihak orang lain ni....

hehe...apa yang aku tulis di blog ini, adalah luahan, dari pengalaman yang di lalui dan sedikit ilmu yang ada. Apa yang terlintas, dan tiba tiba teringat kenangan lalu, maka, akan Update la blog ini...kalau takde idea....kabur!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi