Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

4 Februari 2020

Bayar Bil Air Dengan Wang eTunai Rakyat

Pada mulanya, malas juga nak ambil wang RM 30.00 di eTunai rakyat ini, tapi bila fikir semula aplikasi touch n go memang dah install dan guna pun sebelum ini, apa yang boleh buat dengan RM 30.00 ni? ah, baik ambil dan tebus dari tak dapat langsung kan? kalau korang tak ambil dan tebus, nanti kerajaan PH ambil semula buat bayarkan hutang negara, satu benda kau tak dapat wei, mana tahu dengan wang eTunai Rakyat ini boleh buat topup prepaid u mobile, bayar astro atau beli apa yang patut, mudah sahaja, tekan pada claim now, dan beri pengesahan kad pengenalan, akan masuk lah RM 30.00 di dalam eWallet, dah jangan pening, pergi bershopping..

Tidak tahu nak buat apa dengan RM 30.00 ini? cuba semak perkhidmatan yang disediakan di aplikasi ini, mana tahu, dapat membeli belah, bayar bil bil, atau sebagainya, setelah menyemak, ada banyak jugalah perkhidmatan di sediakan antaranya seperti, boleh bayar bil prepaid, bil postpaid telefon, tiket wayang dan macam macam lagi. Wow, walaupun jumlah amaun nya, macam tak berapa nak ada.


Ternampak pula yang boleh bayar bil air di aplikasi touch n go ini, bila tekan pada pautan bil, banyak jugalah agensi yang ada, wah bagus ni, boleh lah bayar bil air walaupun air kat melaka ni tengah kena catu, Boleh baca di sini pasal catuan bekalan air di negeri melaka.  

Bayar Bil Air Dengan eTunai Rakyat
Ada juga bertanya pada rakan rakan pasal eWallet tunai rakyat ini, 'eh korang tak ambil ke wang RM30.00 dekat eWallet yang kerajaan PH beri?' jawapan mereka, apa yang boleh buat dengan RM 30.00 tu? buang masa je layan, malas nak ambil, aku pun berfikir  macam tu juga, sambil menyumpah serana Kerajaan PH, tapi bila fikir balik, apa yang kerajaan PH beri tu ambil je, kalau tak guna sekurang sekurangnya boleh simpan dalam e Wallet, kalau tak tebus, nanti kerajaan PH ambil semula wang itu, siapa yang untung ? walaupun jumlahnya kecil, sekurang kurangnya dapat la juga beli beras cap rambutan 10 kilo atau buat bayar duit tol.
Bayar Bil Air Dengan eTunai Rakyat
Ok, selesai bayar bil air, hanya masukkan no akaun air anda dan berapa jumlah amaun, selesai bayar, harap pihak syarikat air ini, tak telepas pandang bayaran ini. Kepada yang boleh tebus wang di eTunai Rakyat tu, baik ambil, boleh buat bayar apa yang patut.

Sebenarnya bil air aku, amaunnya adalah rm32.50, tapi bayar rm30.00 je, ok kan? dari kerajaan PH duit tu datang, sampai balik kepadanya dalam bentuk pembayaran bil bil.  Haha

Anda Mungkin Meminati :

3 komentar:

  1. Menarik ye Boleh jimat juga

    BalasHapus
  2. Syukur alhamdulillah tuan Saf

    BalasHapus
  3. wahh baguih baguihh. saya tak tebus lagi e-tunai tu hahahhaa. entah bila tarikh tutupnya. bulan mac kan?

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih