Pada mulanya, malas jugalah nak ambil wang RM 30.00 di eTunai rakyat ini, ada apa dengan nilai RM 30 di masa sekarang ini? tapi bila fikir semula pasal aplikasi eWallet ini memang dah lama install dan pernah guna pun sebelum ini, apa yang boleh buat dengan RM 30.00 ni? Cadangan aku, sebenarnya lebih baik ambil dan tebus dari tak dapat langsung kan? kalau korang tak ambil dan tebus, nanti kerajaan PH ambil semula untuk bayarkan hutang negara yang berbilillion billion tu seperti yang di laporkan mereka , satu benda kau tak dapat wei, mana tahu dengan wang eTunai Rakyat ini boleh buat topup prepaid u mobile, bayar astro atau beli apa yang patut, mudah sahaja, tekan pada claim now, dan beri pengesahan kad pengenalan, akan masuk lah RM 30.00 di dalam eWallet, dah jangan pening, pergi bershopping.

Tidak tahu nak buat apa dengan RM 30.00 ini? cuba semak perkhidmatan yang disediakan di aplikasi ini, mana tahu, sekurang kurangnya dapat bayar apa yang patut haha, bayar bil bil, atau sebagainya, setelah menyemak, ada banyak jugalah perkhidmatan di sediakan antaranya seperti, boleh bayar bil prepaid, bil postpaid telefon, tiket wayang dan macam macam lagi. walaupun jumlah amaun nya, macam tak berapa nak ada.

Boleh bayar bil air, topup prepaid prabayar di aplikasi eWallet ini,  korang boleh tekan pada pautan bil, banyak jugalah agensi ada, wah bagus ni, boleh lah bayar bil air walaupun air kat melaka ni tengah kena catu, Boleh baca di sini pasal catuan bekalan air di negeri melaka. Apa nak kata, memang tak cukup pun sebenarnya, apa beri RM 30.00 je, haha  
Bayar Bil Air Dengan eTunai Rakyat

Sempat bertanya rakan di tempat kerja pasal eWallet RM30.00 rakyat ini, jawapan mereka, apa yang boleh buat dengan RM 30.00 tu? buang masa je layan, malaslah nak ambil wang tu, sambil menyumpah seranah kerajaan PH, tapi bila fikir balik, apa yang kerajaan PH beri tu ambil je, kalau tak tebus, nanti kerajaan PH ambil semula wang itu, siapa yang untung ?

Bayar Bil Air Dengan eTunai Rakyat

Ok, selesai bayar bil air, hanya masukkan no akaun air anda dan berapa jumlah amaun, selesai bayar, harap pihak syarikat air ini, tak telepas pandang bayaran ini. Sebenarnya bil air aku, amaunnya adalah rm32.50, tapi bayar rm30.00 je, Lantak lah! 

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Syukur alhamdulillah tuan Saf

    BalasHapus
  2. wahh baguih baguihh. saya tak tebus lagi e-tunai tu hahahhaa. entah bila tarikh tutupnya. bulan mac kan?

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.