banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

30 Juni 2012

Tak faham!!

Bila buat kerja 'ikhlas' semua tak sanggup nak buat, kalau buat pun bukan sepenuh masa, cuma curi--curi masa terluang untuk commit. Yelah, bukan ada gaji pun.

Buat pertubuhan komuniti Fan Club , nak tarik penyertaan orang ramai untuk join, tapi bila call atau mesej, tak angkat ! mesej tak jawab! kalau jawab pun tak sungguh-sungguh! kalau mesej bulan 1, belum tentu dia reply bulan 7, walaupun ASAP! apa dia ingat aku nak sangat ke pegang jawatan ni. banyak lagi benda yang aku nak buat dari aku fikirkan hal-hal remeh temeh ni, buang masa je.



Anda Mungkin Meminati :

25 Juni 2012

We Meet Again

 
haha..memang terbaik. ini yang terjadi, bila orang perempuan windows shopping berjam-jam kat pasaraya. haha

Orang lelaki very strict! dan buat perancangan awal sebelum bershopping. ambil dan jalan!  orang perempuan tak buat macam orang lelaki, tu yang berjam-jam. setuju? haha

Anda Mungkin Meminati :

Yey, Basikal!

BASIKAL
Yehaa, korang bayangkan lah, dalam anggaran 100,000 orang yang hadir masa perasmian UTC-Pusat Transformasi Bandar (UTC), 23/6/2012 yang lepas, aku salah seorang yang bertuah kena cabutan bertuah. haha. ingat dapat IPAD ke, Motor ke sekali dapat basikal. ok la, daripada tak kena apa apa.  Alhamdulillah syukur sebab dapat basikal besau gedabak. hehe

Tanda harga kat basikal tu pun tak buka lagi, harga dia, mak oi, RM 259.00. takpe dapat free apedehal. haha.

Anda Mungkin Meminati :

22 Juni 2012

Aktiviti Wajib Setiap Minggu

Aktiviti Wajib Mingguan Yang Biasa Di Lakukan ialah memancing. dalam seminggu dua (2) kali. itu sudah semestinya. hehe, kalau peralatan semua ok, kondisi diri stabil tidak demam,  dan paling penting mendapat lampu hijau dari isteri (sebelum nak pergi mancing, belanja KFC dan bawa pergi shopping, haha). Baru dia zip mulut.

Memancing ni memang boleh dikatakan macam pelaburan. haha, labur dulu duit, kalau untung dapat pulangan lumayan, kalau tak, balik tangan kosong! Biasanya tak dapat apa apa, hehe.  korang bayangkanlah, umpan bagi ikan makan, udang harimau, sotong, kerang, roti, sekali beli umpan RM 20.00 bagi satu jenis umpan. So korang kira kan lah, Tapi ada cerdik pandai pernah berkata, duit beli umpan tu kalau beli ikan kat pasar banyak dapat! memang la, inikan hobi! yang penting kepuasan! rugi takpe yang penting kami puas walaupun bawa balik gelama sebesar ibu jari. haha.


Anda Mungkin Meminati :

10 Juni 2012

Kaki Ayam Masak Sambal

Kaki Ayam Masak Sambal
Belum pernah aku pergi majlis orang, dengan kaki ayam dimasukkan sekali dalam lauk untuk dihidangkan kepada tetamu. Ingat kepak ayam, sekali kaki ...pui

Termuntah aku depan tetamu. aku memang tak makan kaki ayam. alahai tuan rumah, kenapa la buat macam ni, aku tahulah kamu suka makan, tapi janganlah anggap tetamu yang datang selera macam kamu.

Anda Mungkin Meminati :

9 Juni 2012

Before & After

Kalau tengok before, bila belenging teruk nau perut dia eh. haha. Kenapa boleh jadi boroi? kenapa? kenapa? kenapa? khususnya bila dah berkhawin! zaman bujang kurus, tapi bila khawin macam yang before tu. kenapa? kenapa? dan kenapa? mungkin banyak makan lemak? atau mungkin banyak minum susu? atau ape ni semua. apa maknanya.haha.

Ada alasan bila orang dah berkhawin perut dia nampak 'menaik' kerana bini layan makan minum baik? kasi makan cukup-cukup. emm. memang la, tapi masa kita bujang, mak kita layan makan minum lagi ok kot, dia tahu selera kita macamana. haha. sangat subjektif. kenapa? kenapa? kenapa?
Mungkin kurang bersukan untuk membakar lemak atau makan 5 pinggan satu hari, itu sebab perut membuncit? Alahai sarip, Kompius...

Lihat tips kempiskan perut. Klik disini

Anda Mungkin Meminati :

8 Juni 2012

Dilarang Masuk

Haha..tadi pergi ke pejabat kawan di MITC, saje je datang tengok2x kawasan. hehe , bila masuk pejabat dia je, ada sehelai kertas ditampal di bahagian dalam belakang pintu utama. haha

Kalau sesiapa yang masuk lalu lalang kat area ni. comfirm takdelah lagi buat perangai loghat bizi sangat tu sambil membawa dokumen, nak bawa kertas atau apa2x pun segan....hahahaha

haha. idea yang bagus.

Anda Mungkin Meminati :

Knowledge Economy

Knowledge Economy
Gambar kat atas tu ketika aku mengajar budak-budak sekolah mengenai flash, ajar buat animasi 2D, bolehlah buat part time, sebenarnya aku sokong usaha kerajaan dalam memperkasakan K-ekonomy, what is K-Economy? K Stand For KNOWLEDGE, So, Knowledge Economy. Istilah melayu ekonomi berasaskan pengetahuan seterusnya mengalakkan lebih ramai modal insan glokal bertaraf global. best jadi seorang pendidik ni walaupun tak bertauliah. haha



Anda Mungkin Meminati :

3 Juni 2012

Terkena

Terkena
Harini aku terkena dengan anak buah sedara (anak sepupu) dengan teka teki yang melampaui batas. kalau korang dapat jawab teka teki ni, korang memang genius la. haha memang tak dapat dinafikan lagi!

Soalan teka teki budak ni,

Okay kalau abang pandai, ada 2 ekor anjing, nama anjing-anjing tersebut ialah L & B (lihat gambar atas), dia nak ke sebuah pulau, tapi kena menyeberang air terlebih dahulu. Anjing B jalan dulu, tapi yang sampai  ke pulau tersebut ialah anjing L, padahal anjing B gerak dahulu , kenapa? kenapa? hahaha.

Apa jawapan dia? haha

Anda Mungkin Meminati :

Kempunan

Aduhai, bukan sekali cuba untuk ke sana dengan harapan dapat masuk & tengok! dah berpuluh-puluh kali cuba, tapi mesti tak dapat! padahal kat negeri sendiri tu! orang luar berposak-posak datang melaka! kena ambik cuti la, pergi time cuti dan bukan time cuti sekolah dan yang penting bukan hujung minggu! rase2x nye, comfirm lengang!! hehe

Dari utara ke selatan aku pergi pusat tarikan pelancong dari taman buaya, zoo melaka ayer keroh hinggalah ke word life theater masjid selat melaka raya , memang jemm, susah dapat parking! comfirm tak dapat! nak2x kalau hujung minggu, dia punya sesak, boleh cepat kena darah tinggi! 

Kempunan budak-budak nak pergi tengok pertunjukan singa laut dan ikan lumba-lumba tadi! haha, pui! world life theater, masuk kali ni dah 2 kali aku datang, sampai kat kaunter je comfirm frust, sebab show jam 3 ptg dan 7 mlm je! memang pui la! apelah punya world life theater melaka ni, tak mendahulukan pelancong! ikut suka hati dia je...kata nak tarik pengunjung ramai datang, tapi bila datang, ada 2 slot show je! mancing lagi bagus! tenang dan menyamankan! haha

Anda Mungkin Meminati :

1 Juni 2012

Ultraman kejam


Aku sekarang tengah mengumpul dan mencari semula koleksi-koleksi superhero era-era 80,90 an macam ultraman, gaban, kamen rider, flashman. Yelah sekarang ni zaman dah berubah, dah takde lagi dah superhero-superhero macamni. kalau ada pun versi baru! versi baru tak best! hehe. nak juga yang lama, bila tengok balik, teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. Dalam membelek-belek video ultraman ni, terjumpa lak video ni, haha, ni ultraman versi bila ni? tak pernah nampak pun? haha

Biasa ultraman akan menghadap raksasa yang ganas dan kejam brutal gila! comfirm akan buat pukulan balik bila di pukul oleh ultraman, tapi dalam video siak ni pula, raksasa kena buli dengan 4 superwira ultraman tanpa melawan. hahaha, Sampai kena koyak baju pula tu! hahaha, siap ada ultra baby lagi tu. haha, persoalannya disini, Apa function si SUMO JAPAN tu? hahaha..kenapa dia perlu ada dalam video ni? haha. siap kena angkat terbang masa ending lagi. hahaha. memang pui

Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih