Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Friday, June 22, 2012

Aktiviti wajib mingguan yang di lakukan oleh aku

Aktiviti utama aku bila tiba hujung minggu adalah tak lain tak bukan adalah memancing. dalam seminggu 2 kali. itu sudah semestinya. hehe, kalau tools semua ok, kondisi diri stabil tak demam,  dan paling penting mendapat lampu hijau dari wife (sebelum nak pergi mancing, belanja KFC dan bawa pergi shopping, haha).

Memancing ni memang boleh dikatakan macam Investment. haha, labur dulu duit, kalau untung dapat pulangan lumayan, kalau tak, balik tangan kosong! hehe.  korang bayangkanlah, umpan je udang harimau, sotong, kerang, roti, sekali beli umpan RM 20.00 satu jenis. So korang darab kan lah, Tapi ada cerdik pandai pernah berkata, duit beli umpan tu kalau beli ikan kat pasar banyak dapat! pui, memang la, inikan hobi! yang penting kepuasan! rugi takpe yang penting kami puas walaupun bawa balik gelama sebesar ibu jari. haha.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi