Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

16 Juli 2012

Perlawanan Futsal Amal Jozan

Pada 14 Julai 2012 yang lalu, jozan Fc dengan kerjasama padu dari Zizan FC telah dijemput untuk menyertai perlawanan amal 100 jam, anjuran pertubuhan Yayasan Khairum yang berlangsung di kompleks japerun Dun Rembia, Alor Gajah, Melaka. Alhamdulillah, segala program berjalan lancar dan mendapat sokongan padu dari pemain pemain Jozan FC.

Sambil Bersukan sambil beramal, dapat pahala badan pun sihat. Terima kasih kepada tuan penganjur yang sudi memanggil Jozan Fc bermain di Perlawanan Futsal Amal ini!  hehe


Anda Mungkin Meminati :

13 Juli 2012

Terima Surat Cinta Dari Polis Trafik

Peh, semalam kena saman trafik dengan encik polis ala-ala gaya roadblok speedtrap. Semasa kena tahan, sempat memberi hujah pada encik polis yang berbunyi seperti 'eh saya pakai tali pinggang tuan. kenapa nak saman saya pula?'

Encik polis membalas ,'awak pakai depan saya je, sebelum ni awak tak pakai pun, budak saya dah perhatikan dari awal lagi, memang awak tak pakai. pergh, ada pengintip rope-ropenye di berberapa kilometer dari roadblok tu! .haha, so diam jelah, sebab dah buat salah, tak boleh nak keledek! haha


Anda Mungkin Meminati :

10 Juli 2012

Barang Lama Yang Semakin Dilupakan

Orang ramai semakin dah tak pandang dah kaset, daj jadi barang lama yang semakin dilupakan sekarang ini zaman teknologi, zaman MP3, orang lebih senang guna CD dan muat turun di laman web je lagu, yela tahun 97-99 mana ada internet masa tu, banyak kenangan bila sebut pasal kaset ni, kenangan membeli, dubbing kaset di radio, bukan murah harga untuk satu kaset masa tu, kaset yang aku paling banyak pernah aku beli, sebanyak 4 kali, adalah Helloween-keeper of the 7 keys. Paling stress bila tali kaset terbelit belit. Tapi kini Kaset Lama Yang Semakin Dilupakan

Paling tak dapat dilupakan, radio hangit terbakar dua kali semasa pasang lagu Master Of Puppet dari band metal Metallica, dan kali kedua meletup radio, masa mainkan lagu Megadeth iaitu Holy Wars Punishment Due . Buka pun volume paling tinggi,  terus hangit dan meletop, cair juga kaset. Hampir 5 buah radio aku tukar, sanggup beli beratus ratus, semata mata disebabkan nak dengar lagu dari kaset kesayangan, Masih lagi simpan kaset, walaupun dah berhabuk, Barang Lama Yang Semakin Dilupakan itulah kaset.



Anda Mungkin Meminati :

8 Juli 2012

Wajah Comel Kesayangan Ramai

Minggu lepas masa memancing di pantai, dapatlah seekor anak ikan senangin, comel sedikit berbeza dari saiz yang pernah dapat sebelum ini. Syukur alhamdulillah, sudah tertulis, rezeki hari itu setakat saiz itu sahaja, redha sahajalah, boleh baca pasal memancing di artikel sebelum ini. Boleh tekan di SINI

Apa pun syukur alhamdulillah, semua nya sudah tertulis, ingat nak lepaskan semula, tapi bila fikir semula, dah duduk bertapa selama enam (6) jam, dapat seekor je masa ni dan hanya ini lah ikan yang aku perolehi, seekor je, haha, boleh lah di jadikan bukti pada isteri nanti. Kalau tak bawa balik bukti, nanti dia kata aku pergi mana mana lah pula nanti, lagi haru nak menjawab. Ok, boleh jadi kan bahan bukti, ikan senangin ni isi macam ikan gelama, manis dan lebih lembut. Saiz kecil begini, goreng kunyit pun sedap.

Nak beli kat pasar, duit pun tak berapa nak cukup, hihi.


Anda Mungkin Meminati :

2 Juli 2012

Rezeki Dapat Ikan Kurau

Alhamdulillah, akhirnya dapat bawa balik ikan besar masa memancing hari itu, memang terkejut lah, tiba tiba joran bergoyang tiada angin tiada ribut, dalam hati, gembira dan tertanya ikan apakah ini, lain macam beratnya dan melawan dia.

Sampai je di rumah, terus beritahu emak dan minta mak masak kan, emak buat lauk kari pekat, memang halus dan lembut isinya macam ketam. Isi dia bukan main manis dan lembut, ikan ni macam ikan senangin, tapi emak aku kata, Ikan Kurau. emm, minggu depan ingat nak mancing lagi la.Pertama kali dapat ikan besar macam ini, di pantai.

Pertama kali, dapat ikan jenis baik macam ini. Selalu mancing dapat ikan gelama sahaja.Gembira mak, dapat makan ikan kurau.lembut isi ikan kurau katanya, ikan gred A, oh baru tahu. Rezeki Dapat Ikan Kurau


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih