blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa

15 Mei 2013

Trip Memancing Di Mersing Johor

Kalau dah job hakiki pun sebagai web designer. tunjukkan bukti hasil tangkapan macamana pun tetap orang anggap itu gambar edit. Maaf kali ini gambar betul , kisah semasa Trip Memancing Di Mersing Johor hari itu, bukan main atau cubaan ya, haha. Pada 11-13 Mei 2013, aku bersama group pakcik pakcik warga emas dari selayang. Seramai (8) lapan orang telah pergi ke Endau Mersing, Johor, Trip Memancing Di Mersing Johor .

Huh pertama kali wei aku mancing di laut dalam, ikut Trip Memancing Di Mersing Johor bersama group dari pasar besar selayang ini,  biasanya, kalau mancing laut pun, takde la sampai di tengah laut, hanya memancing di kawasan pantai je .


Anda Mungkin Meminati :

11 Mar 2013

Daddy Can I Buy An Hour Of Your Time

Daddy Can I Buy An Hour Of Your Time

Ini cerita berkenaan keluarga untuk dikongsikan bersama. mungkin aku juga perlu bermuhasabah diri. aku sedar, aku tiada masa untuk anak-anak. Daddy Can I Buy An Hour Of Your Time

Anak : Daddy, boleh saya tanya satu soalan?
Ayah : boleh je, apa dia?


Anda Mungkin Meminati :

20 Feb 2013

Program Raikan Cinta Di Taman Seribu Bunga

Program Raikan Cinta Di Taman Seribu Bunga

Hari itu dapat panggilan dari agensi kerajaan negeri, mereka minta datang bersama pasangan untuk program menanam pokok, Program Raikan Cinta bertempat di Taman Seribu Bunga, ayer keroh melaka. program raikan cinta ni khas bagi pasangan yang baru khawin dan nama mereka akan dicatatkan di papan tanda dekat area pokok yang di tanam tu.

Korang kalau sampai kat melaka, singgah le di Taman seribu bunga, ayer keroh, memang best dan tenang. masuk percuma. nanti korang boleh lah tengok pokok aku! entah hidup lagi ke tidak! hahaha

Anda Mungkin Meminati :

17 Feb 2013

Human Hack

Human Hack

Haha..seriously hack manusia sangat mudah.

Human hack akan menjadi mudah bila sikap mangsa (human attitude) yang macam tak ambil kisah(sambil lewa), risiko yang bakal dihadapi.

Korang pernah dengar tak kisah penceroboh yang membawa senjata pedang samurai ke pejabat PM tahun lepas? haha..lebih kurang macam tulah human hack ni! macamana boleh lepas dari security?

Hack manusia lebih senang dari hack technology. bila bercakap mengenai hack ni, apa itu hack? menceroboh! mencuri! dan sebagainya tanpa izin. tujuannya adalah untuk mencuri maklumat penting ataupun suka-suka! haha


Anda Mungkin Meminati :

8 Feb 2013

Kelebihan

Kelebihan

Sepanjang 8 tahun aku bawa kenderaan, aku tak pernah eksiden. bukan nak cakap besar.lagipun aku bawa pun takdelah laju sangat dan sentiasa elak-elak. haha.

Aku tak pernah tahu pun kelebihan membaca ayat kursi ni, dan aku faham la sikit-sikit maksud terjemahan ayat ini. aku suka baca potongan ayat dari surah Al Baqarah ni. hehe..rupa-rupanya aku sentiasa dilindungi oleh malaikat-malaikat.

kalau korang amalkan ayat ini, insyallah anda akan dijauhi dari sebarang bencana kerana apa? kerana apa? ceh, macam ustaz pula, kerana ada 70000 malaikat akan menjaga mu setiap masa, ketika tidur, ketika di jalan raya atau dimana-mana je.

Aku bukanlah seorang tahfiz, surah yang aku ingat pun ialah 3 Qul dan ayat kursi je..hehe..insyallah ingat nak refresh balik dengan cikgu mengaji. 

Tapi korang amalkan la walau dimana korang berada. Insyallah, anda akan dilindungi dari sebarang gangguan jin , manusia keselamatan anda. Kalau korang lantik bodyguard 10 orang pun, tapi kalau tak minta pertolongan dari Allah dan tak ingat Dia,  tak guna.



Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih