banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

29 September 2014

EPSA e pembelajaran sektor awam

Apa itu EPSA? EPSA ialah e Pembelajaran Sektor Awam khas untuk penjawat awam sahaja. Boleh mendaftar di epsa.gov.my dengan menggunakan email rasmi yang sah sahaja. Sebagai contoh amar@jais.gov.my.

Penjawat awam kena mencukupkan 7 hari  kursus dalam masa setahun. Bagi yang sibuk sampai tak dapat nak hadir mana mana kursus boleh cuba epsa ini. Ada panduan dan secara multimedia. Cuma ikut arahan yang diberi semasa menjawab.

Di dalam EPSA, ada masa yang telah ditetapkan di dalam setiap kursus, sebagai contoh, kursus menulis surat, masa yang diberi untuk menjawab kesemua soalan dalam masa 30 minit, anda perlu menjawab lebih dari 30 minit baru anda akan diberikan sijil dan tempoh kursus juga ada dinyatakan, sebagai contoh lagi, jika tempoh sesuatu kursus adalah selama 22 jam, untuk memenuhi 1 hari kursus anda perlukan 6 jam, so 22 bahagi dengan 6 anda telah melengkapkan 3 hari kursus. Hanya secara online sahaja. Tidak perlu tunggu 3 hari, hanya dalam masa lebih kurang 1 jam. Anda berjaya dan telah melengkapkan kursus selama 3 hari. Selepas menjawab dan ikut step by step, anda akan diberikan sijil, dan ada dah boleh mencetak sijil kursus anda!!

Sangat fleksibel, boleh berkursus di kedai mamak sahaja. Hanya ikut step by step dan arahan yang diberikan sahaja. Sangat mudah dan mesra pengguna.

Layari www.epsa.gov.my.


Anda Mungkin Meminati :

26 September 2014

Cara cara nak buat pemberitahuan SMS Google Calendar

Setiap orang, aku dan termasuk diri anda semua, pasti ada kalendar aktiviti hari ini, esok dan sebagainya. kadang kadang hampir terlupa, disebabkan banyak perkara yang hendak dilakukan. Jika di pejabat, mungkinlah ada orang seperti pembantu anda atau rakan tolong ingatkan, tetapi bukan untuk setiap masa! 

Untuk menambah nilai kehidupan anda menjadi lebih baik, menyokong kempen bumi hijau (kurang kertas) dan fleksibel dari segi masa, di tambah pula sekarang ini, ramai yang menggunakan smartphone hebat dan menggunakan gmail akaun! agak terlalu rugi jika tidak menggunakan platform yang percuma ini.

Google melalui email, akan menghantar pemberitahuan aktiviti anda melalui SMS.


Anda Mungkin Meminati :

24 September 2014

Sampah dan kita

Sampah dan kita

Di Malaysia, di mana ada signboard di larang membuang sampah, makanya dekat situlah tempat orang buang sampah, bukan sampah je, bayi pun ada.Sampah ada dimana-mana walau di negeri maju sekalipun, dari putung rokok sampailah sampah basah. Penguatkuasaan dah dibuat sebagai contoh keluarkan saman kebersihan dan sebagainya.


Anda Mungkin Meminati :

17 September 2014

Install font cara mudah

Ini adalah panduan untuk melakukan instalasi font cara mudah di komputer anda tanpa perlu muat turun font di mana-mana akaun web.

Screen shot yang disediakan ini untuk windows 8, namun caranya dari awal lebih kurang..boleh praktis di window 7.


Anda Mungkin Meminati :

12 September 2014

Php & MySql Basic Class

Php & MySql Basic Class Safirulamar

Php & MySql Basic Class

Pada 9 hingga 10 September 2014, aku di panggil Kerajaan Negeri Melaka untuk mengajar Asas Pengaturcaan PHP dan Database, peserta kelas terdiri dari kakitangan agensi kerajaan. Alhamdulillah semua peserta berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan yang paling penting faham struktur koding asas, Sebelum nak menganturcaraan, kena faham koding paling asas terlebih dahulu seperti HTML.

Bila bermain dengan script, kita kena banyak trial and error dan debug. Mantapkan asas html dahulu. Mencari ilmu jangan lah sekadar melepas batuk ditangga. Jumpa lagi di lain hari. 

Anda Mungkin Meminati :

1 September 2014

Panduan ketika di pasar

Panduan ketika di pasar

Tips ini diambil dari instagram seorang rakan di facebook, berkenaan tips memilih ketam yang banyak isi. Info ini sangat berguna bagi aku, sebab aku yang banyak beli barang basah seperti ikanm ketam, udang dan sotong di pasar. Mengikut info yang di beritahu, yang sebelah kiri dalam gambar ialah ketam betina (yang bahagian bawah sedikit hitam), yang sebelah kanan (dalam gambar di atas) tu adalah ketam jantan, yang banyak isi adalah ketam betina (sebelah kiri tu).  

Ok, dah kenal yang mana satu banyak isi, dan yang mana tak banyak isi, lepas ni beli ketam betina atau yang bawah hitam je la. Untung bila makan, sebab banyak isi, Tips berguna yang lain, selain dari info ketam betina jantan ni, ialah kalau nak beli ikan segar, jangan cari yang dah merah matanya. Kalau mata korang yang merah, takpa, jangan mata ikan yang merah, Ok, tak panduan ketika di pasar nanti ? Begitulah sedikit sebanyak, tip panduan ketika di pasar nanti.

Masalahnya, bila sampai pasar, yang bawah nya warna hitam (ketam betina) selalunya takde...ah, putih pun putih la, yang penting ketam...! 

Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih