banner-2017-mcj IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Minggu, Juli 06, 2014

Politik Yang Tahi

Politik tu bagus, cuma yang tak bagusnya individu dalam parti politik tu sendiri.

Dalam politik, semua yang menyertai ada misi tersembunyi seperti nak kerja kerajaan, nak projek, nak hasut menghasut, fitnah sana sini,dapat makan free, nak jawatan dan banyak lagi lah ketahian dalam politik ni.

Jauh sekali nak membantu rakyat dengan ikhlas, kalau nak bantu pun pilih bulu kroni sahaja. Buat program pun syok sendiri, lepas tu ambil gambar ramai ramai, ahli ahli tahi ni semua cakap Tahniah!

Buat program nampak tak ikhlas, kena ada jurugambar, datuk datuk baru nak melawat kawasan, nak tunjuk bagus. Kalau datuk atau datuk seri takde, memang buat tak tahu jela.

Minum teh tarik pun boleh dijadikan program? Program apa tu? Untuk rakyat marhaen ke, atau besarkan perut kau yang masing2 kekenyangan? Cukup tahun, tulis dalam kalendar aktiviti.

Politik selection anak beranak, boleh claim dekat kerajaan supaya dapat lah projek dengan kerajaan sampai anak cucu.

Lebih banyak orang bodoh dalam politik ni.

Politik Ketahian apakah ini?

#adaakukesah

Harga Market

Kalau hendak melaksanakan sesuatu tugas atau pekerjaan biarlah betul betul, bersungguh dan ikhlas

Ada rakan yang terlibat dalam kerja sukarelawan telah meluahkan pada saya yang saya telah merosakkan harga pasaran bagi tugas mengajar melibatkan ICT.

Bukan niat hendak menjatuhkan Harga pasaran semasa, ya, memang harga yang diberika terlalu murah kalau hendak diikutkan dengan harga semasa, tapi kau percaya tak yang rezeki sentiasa ada dimana mana? Are you afraid to take the challenge?

Kisah Hamdan (Episod 3)

Hamdan berasa binggung dengan karenah Lauren yang sedang kerasukan, lantas Hamdan telah mengambil inisiatif untuk terjun dari Gaung yang berhampiran, dan tanpa menoleh kebelakang melihat Lauren, Hamdan terus terjun sambil menangis.

Tiba tiba Hamdan terasa sakit seluruh badan, dan baru kini beliau tersedar yang dia telah terjatuh dari katil, dan perkara yang terjadi sebentar tadi adalah sekadar mimpi ngeri sahaja.

Beliau kemudian melihat Smartphone nya dan melihat jam sudah pukul 8.30 pagi, dan beliau melihat sebanyak 34 panggilan tidak dijawab, Lauren telah menghubungi beliau pada malam tadi, dan baru beliau teringat yang beliau ada temujanji dengan Lauren. 

Hamdan cemas dan cuba melihat inbox sms pula, ternyata ada mesej dihantar oleh Lauren yang berbunyi, "pui....".

bersambung di episod seterusnya

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi