banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

31 Juli 2014

Tercicir

Sembahyang raya tercicir telefon

Pada pagi raya selepas sembahyang raya aidilfitri sudah tentu kita banyak berjalan dan berkunjung dari sebuah rumah ke rumah mengunjungi saudara mara jauh dan dekat. Banyak cerita cuba di ceritakan, gelak ketawa, sambil makan lemang ketupat dan rendang. Meriah.  Sambil berbual, tak perasan ada sesuatu tercicir jika leka dan cuai, careless.

Aduh handphone aku tercicir wei, huish baru beli tu, pening ah, mana pula tercicir ni, cuba hubungi menggunakan telefon wife, tak dapat, panggilan di matikan.


Anda Mungkin Meminati :

22 Juli 2014

Original Atau Palsu (Samsung Only)

Sekarang ni zaman gajet, dari budak2x sampaikan ke orang tua semuanya ada smartphone. Pergi toilet,makan, dating, melepak dengan rakan dan keluarga mesti nak bawa gajet. Siang malam asyik menghadap je, masyarakat sekarang menjadi pendiam dan tak bertegur sapa.

Apa yang membezakan gajet/handphone korang dengan rakan rakan ialah palsu-klon atau original. Kan? Semua orang nak original, malulah kalau beli yang palsu ye tak? Kadang kadang kita kena tipu dengan jurujual, contohnya dekat RnR hentian rehat. Tiba tiba ada orang datang nak jual handphone, nampak macam sama bentuknya, padahal palsu, sekarang ni banyak copycat atau nama lain tiruan.


Anda Mungkin Meminati :

18 Juli 2014

Pokok Tumbang

Kejadian semasa aku dalam perjalanan hendak balik rumah, masa kejadian ini, waktu hampir pukul 3.45 pagi, memang lenggang jalan, adalah satu dua kenderaan termasuk aku, sejuk dan hujan masa ni, speed kereta masa ni, dalam 80-110 km/jam, tengah khayal memandu yelah mengantuk kan, mamai, tiba tiba pokok di tepi jalan ni rebah tumbang, fuh gila lah, terkejut aku ah, kereta di hadapan aku tak sempat elak, namun, aku sempat brek.

Jarak aku dengan kereta hadapan, dalam 50 meter je rasanya, dekat juga lah, kalau position berubah, dia belakang aku hadapan, mungkin aku yang kena hempap dengan pokok ini. Syukur Alhamdulillah, Allah pelihara aku dari malapetaka dan musibah. 

Pokok Tumbang

Pokok Tumbang

Nasib baik, dah la hujan lebat, bawa pun takde la laju sangat. Syukur Tuhan melindungi aku.


Anda Mungkin Meminati :

16 Juli 2014

Latihan Membina Laman Web Joomla

Pada 14 hingga 15 Julai 2014, Kerajaan Negeri Melaka meminta aku mengajar kakitangan kerajaan negeri mengenai Latihan Membina Laman Web Joomla  menggunakan perisian Joomla dan asas HTML, alhamdulillah ramai yang hadir ke kelas ini untuk mempelajari ilmu bagaimana membina laman web.

Latihan Membina Laman Web Joomla

Latihan Membina Laman Web Joomla


Kursus selama dua (2) hari ini diadakan secara percuma khas untuk rakyat Melaka, dengan tujuan untuk mewujudkan lebih ramai rakyat Melaka yang Celik ICT dan untuk tingkatkan kadar rakyat berpengetahuan di Melaka. Itu misi sebenar kursus Latihan Membina Laman Web Joomla.


Anda Mungkin Meminati :

8 Juli 2014

Macam mana nak baiki virus shortcut di pendrive

Macam mana nak baiki Pendrive dari Virus Shortcut ini ? seterusnya mengembalikan data dan maklumat korang yang ada di dalam pendrive  tu? korang pernah tak kena Virus Shortcut dekat pendrive? Contohnya bila selepas mencucuk pendrive di komputer lain, tapi selepas tu bila korang buka pendrive, data korang hilang, banyak pula shortcut folder dan fail? Eh mana fail ni semua ? Folder korang pula hilang? Biasanya cikgu cikgu sekolah banyak kena Virus Shortcut ini, di makmal komputer sekolah jangkitan virus, mungkin cikgu ICT di sekolah tak buat penyelenggaraan berkala pada perkakasan komputer. Macam mana nak baiki Pendrive dari Virus Shortcut ini ?

Sebenarnya fail korang tak hilang, cuma hidden je, virus ini dia nakal sedikit, tapi tkdalah kejam sangat, sampai nak remove terus, Ada berberapa cara cara Macam mana nak baiki Pendrive dari Virus Shortcut ini ? kembali kan data yang hilang. Mesti korang menangis kan bila data data penting dalam pendrive hilang?


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih