Ramai yang bertanya bagaimana ingin membuat duit melalui blog, menunjukkan rasa minat dan ingin memasuki kelas untuk belajar dengan lebih dalam mengenai blog dan pemasaran internet. Ingin aku ingatkan disini, perkara pertama sekali, perlu lah ada blog.
Kebanyakkan peserta kursus akan mempunyai semangat berkobar kobar di hari kelas berlangsung sehingga tamat kelas sahaja dan selepas itu, apabila aku follow up kini, blog blog yang telah di bina pada masa itu, hasilnya amatlah mendukacitakan, last posting semuannya pada tarikh terakhir kelas di adakan.Tiada langsung usaha untuk mengemaskini artikel yang terbaru.
Di dalam kelas itu, untuk teknik menjana pendapatan pula, aku menggunakan nuffnang. Salah satu sebab mereka tidak kemaskini blog, ialah sebab tak tahu hendak tulis apa, dan tiada idea. Haha.
Buat blog dan buat duit itu sangat mudah di blog, yang susahnya ialah apabila perlu menulis artikel dan apa pula yang hendak di tulis? Baiklah, yang pertama sekali, kenal pasti apa tujuan kamu ber blog dan untuk apa?. Tidak semua orang boleh menulis dengan sempurna di blog, kadang kadang tetiba banyak idea untuk menulis datang tanpa di undang, tapi bila depan laptop..terus kosong..hilang ke laut semua idea.
Banyak tips tips di google pasal blog boleh di pelajari, cuma mahu atau tidak mahu sahaja. Yang berusaha akan maju, yang malas ketinggalan di telan arus zaman begitu sahaja. Alangkah ruginya jika tidak menggunakan platform yang percuma seperti blog.