Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Wednesday, November 30, 2016

Hangat Menjadi Perbualan Apabila Nora Terkeluar

Sebenarnya, untuk menjadi seorang bloggers tidak semestinya mempunyai kemahiran pengaturcaraan yang tinggi, semua nya telah tersedia di editor blog, hanya perlu menaip dan perlu kreatif, dan jika anda tahu asas pengaturcaraan, itu lebih baik. Sekurang kurangnya bila anda melihat coding di blog, anda tidak terasa nak muntah dan cepat letih. 

Kini, di internet, banyak info berkenaan pengaturcaraan asas, pertengahan atau advance boleh di dapati secara mudah, hanya perlu memasukkan kata kunci (keyword) yang sesuai sahaja. Kisah hangat Menjadi perbualan apabila nora terkeluar gegar vaganza, boleh lah di ketepikan sebentar.

Semakin Berisi Semakin Menunduk

Pada 24-28 Oktober 2016, yang lalu, aku menghadiri kelas Pengaturcaraan HTML 5 & Javascript di Area Mont Kiara, Damansara Kuala Lumpur, memang seronok hadir ke kelas ilmu ini, banyak ilmu yang aku dapat, walaupun memeningkan kepala.

Kali ini penyertaan tiada certificate di perolehi, sebab kalau course yang sama sebelum ini, kalau 40 orang yang menyertai, bila masa exam, hanya 3-4 orang sahaja yang lulus dan terima certificate, so, untuk menjaga KPI syarikat dan tenaga pengajar, elok lah di hentikan sementara bagi pemberiaan certificate. 

Agak susah sikit untuk yang part Javascript tu, walaupun aku ada asas HTML. Di penghujung sesi akhir kelas (hari kelima), ada sedikit ucapan penutup, dan aku tertarik dengan ucapan akhir itu dari penganjur program.


PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi