blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa

31 Okt 2017

Latihan Asas Membina Laman Web Joomla

Tahniah kepada peserta yang sudi hadir di latihan membina Laman Web Joomla pada 29 Oktober 2017 (Ahad) yang bertempat di UTC, Jalan Hang Mall, Bandar Melaka, program ini di anjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri Melaka di bawah program eMelaka , penyertaan adalah percuma dan tidak perlu bayar. Serius percuma? Program ini berlangsung selama (1) sehari, sepanjang latihan membina Laman Web Joomla ini, peserta didedahkan dan diperkenalkan dengan sedikit ilmu berkenaan joomla dan turut mempelajari installation apache dan joomla itu sendiri, antaranya seperti membina menu, membina artikel, belajar bagaimana untuk preview modul positions, installation templates, memasukkan widget module dan plug ins, dan banyak lagi teknik yang di pelajari di dalam kelas latihan membina Laman Web Joomla ini, alhamdulillah rata rata peserta faham apa yang cuba di ajar.

Perisian Joomla ini adalah mudah untuk dipraktikkan untuk membina laman web, minima penggunaan koding, yang penting kena sentiasa praktis dan sentiasa trial and error (mencuba)

latihan membina Laman Web Joomla



Anda Mungkin Meminati :

30 Okt 2017

How to remove text Open Source Content Management

How to remove text Open Source Content Management and Joomla di Header Beez3 templates ? Ok, biasanya perkataan Open Source Content Management dan Joomla logo ini akan terdapat di Beez 3 templates, aku sendiri pun kalau membangunkan laman web, kadang kadang menggunakan default templates yang di berikan oleh Joomla, iaitu Beez 3, cara nak buang banner, teks dan logo tu sebenarnya mudah sahaja, macamana nak buang description dan title teks tu, sebab bukan di coding tapi sebenarnya di template setting itu sendiri, di dalam CMS control panel itu sendiri.

Ok caranya mudah, boleh ikuti langkah yang di tunjukkan di bawah, cara ini mungkin dapat menyelamatkan situasi di mana , perkataan berkaitan joomla, dapat di buang, dan anda boleh memasukkan custom teks yang anda mahukan. 

Kalau dari segi SEO (Search Engine Optimization) mungkin akan memberi effect kepada web anda jika membiarkan kosong di bahagian title dan description, kerana robot di search engine tidak dapat kenal pasti blog anda, dan sekaligus menyukarkan end user untuk melayari laman web anda.  Itu pandangan aku...namun terpulang lah kepada anda semua...kalau nak guna template beez3 ni, boleh lah guna langkah langkah ini. 


Anda Mungkin Meminati :

How To Preview Modul Position In Joomla 3 Templates

How to preview modul position in Joomla 3 templates ? This tutorial is for Joomla 2.5 or 3.x and above where how to enable the position to place the modul or gadjet at your website templates. Boleh ikuti langkah langkah seperti dinyatakan di bawah.

Ramai yang kurang faham, macam mana nak preview modul di Joomla, preview modul sangat penting, kerana jika kita tidak tahu position, susah untuk kita tambah module, component ataupun plugins. Ok, mari kita pelajari satu persatu langkah. Sangat mudah dan di harapkan dapat membantu anda untuk membina laman web.  How to preview modul position in Joomla 3 templates

Ok, mula mula sekali, sila login CMS administrator, dan selepas berjaya login CMS Administrator, sila ikuti langkah di bawah ini ;


Anda Mungkin Meminati :

21 Okt 2017

Pantang Lihat Cicak Berlegar Legar

Maaf ye cicak aku ini memang pantang kalau ada cicak berlegar legar dekat dalam rumah, masa dulu kecik kecik, Pantang Lihat Cicak Berlegar Legar,  arwah atuk aku selalu cakap, kalau sesiapa dapat bunuh cicak, atuk beri duit, seekor dapat Rm 0.50 sen, wah kalau 2 ekor, dah Rm 1.00, target aku kena dapat at least 20 ekor sebab aku nak beli kereta Audi Tamiya (tengah popular) juga masa tu, sekotak kereta tamiya berharga RM 9.90.

Aku tembak guna senjata yang di beri nama Gunduk, boleh lihat cara nak buat gunduk tu kat siniSenang je nak buat buat gunduk, kalau kena pada cicak, pasti tak bangun lagi lah, jalan terus. Sebenarnya, banyak kelebihan membunuh cicak, lihat sini, dapat pahala, boleh baca kisah cicak di zaman nabi, yang mana, nabi hampir hampir dibunuh kerana di sebabkan bunyian cicak dan dalam masa yang sama.

Hukum membunuh cicak

Kalau beli bungkusan makanan yang diikat getah, ataupun beli air yang ada ikat getah, getah tu jangan lah buang getah itu, boleh guna untuk buat Gunduk, lastik cicak. 

Anda Mungkin Meminati :

20 Okt 2017

Badan Sihat Otak Cergas

Sebenarnya dah lama aku tak bersukan, tapi banyak bersukan di dalam telefon je, maksud dalam telefon tu main game melibatkan sukan seperti bola, badminton, tenis, haha, sekarang macam macam game ada di google store, game mancing pun ada beb, dah tak payah nak pergi mancing real kat luar, mancing kat dalam telefon je, mudah, jimat kos dan masa, ikan pun besar besar, tapi online lah, haha.

Bila mula bersukan lepas waktu kerja, terasa ringan sikit badan ni, tapi lepas tu, sakit sakit badan, kaki dan tangan, tak tahu lah kenapa, mungkin banyak angin rasanya. Seronok bila bersukan, tak kiralah apa pun permainan, golf, badminton, sepak takraw, bola sepak, futsal, atleast 30 minit, setiap hari, barulah badan sihat otak cergas, kan?

BADAN SIHAT OTAK CERGAS

Kalau dulu sukan yang aku minat, sukan sepak takraw, sukan yang paling best dan menguji ketahanan mental, siapa yang mental tak kuat, pasti kalah walaupun pandai main, sebab sepak takraw lebih kepada ketahanan mental.

Umur dah jejak 33 tahun, kena aktif sukan, asyik kerja siang malam, kaya nya tidak, kena fikir kesihatan badan juga, macam jaga kereta, sampai masa kena hantar pergi service, sama juga dengan badan kita, sekali sekala kena service, kereta rosak, boleh cari alat ganti tapi kalau komponen dalaman badan kita rosak, mana nak cari alat ganti ? Hidup hanya sekali, manfaat kan sebaik baiknya..

BADAN SIHAT OTAK CERGAS

Terasa macam lee chong wei pula bila main badminton ni, tapi sayang bila dah lama tinggal sukan ni, pukul shuttle cock pun tak kena, Semput masa bersukan? ermm ok je kot..stamina masih ada cuma pukul bola je tak kena, badan dah berat angin hahahaha, jom kita amalkan kempen BADAN SIHAT OTAK CERGAS.

Anda Mungkin Meminati :

9 Okt 2017

Bengkel Penulisan Akademik Di Durian Daun Melaka

Pada 7 Oktober 2017, telah di panggil untuk mengajar berkenaan Penulisan Akademik bagaimana membina rujukan (references) di Durian Daun Melaka dimana program yang berlangsung selama setengah hari ini dapat membantu  dan memberi panduan kepada pelajar pelajar bagaimana membuat penulisan tesis mereka supaya lebih ilmiah dan akademik.

Banyak kelebihan yang boleh di dapati apabila mengikuti kelas ini antaranya mampu mendapat kan markah tugasan yang lebih tinggi, menjimatkan masa dalam menyiapkan tesis (assignment), installation browser plugin, tugasan mengikut format APA Style. Alhamdulillah semua belajar faham apa yang cuba di sampaikan, dan yang penting, selepas ini, akan mendapat markah dengan lebih baik dan meningkatkan keyakinan untuk membuat assignment.

Sebenarnya kunci kejayaan dalam menyiapkan tugasan (assignment) ialah harus banyak rujukan di nyatakan didalam tugasan, itu membuktikan anda banyak melakukan research, merujuk dan memetik kenyataan dari sumber yang di percayai, kena balance dan merujuk, jangan tulis assignment syok sendiri. Menggunakan perisian aplikasi lebih mudah, biasanya kalau membuat tesis, perkara yang banyak buang masa adalah mencipta referrences (rujukan).


Anda Mungkin Meminati :

3 Okt 2017

Kisah Misteri Petang Tadi

Sejak sekian lama dari bangku sekolah SPM 2002 sehinggalah sekarang tahun 2017, tak pernah jadi perkara pelik seperti kisah yang berlaku tadi, sedangkan handphone aku tiada tunggakan dan masih lagi aktif. Memang aneh dan misteri kisahnya ini, hihi 

Seingat aku lah, kalau aneh pun, dulu masa lepasan SPM, adalah seorang lelaki berbangsa india, call aku maki hamun ajak gaduh, bising bising, katanya, aku selalu teks dan call awek dia, ermm, aku pun tak faham macam mana telefon aku boleh terdail nombor dia, masa tu, takde whats app, wechat, telegram semua ni kalau nak transfer file pun guna bluetooth dan infrared, game yang ada pun game SNOW ICE dan SNAKE jenis handphone yang aku pakai masa tu, jenis nokia 3310  (butterfly) lupa kod, tapi betul rasanya 3310 aku pun cakap la dengan mamat india tu, woi bang...aku ni Melayu..kenapa aku nak kacau awek india kau, aku pun ada awek juga (masa itu lah) ceh! mamat tu tak puas hati dan bagi warning sama aku ah, malas layan lah, pergi lah telokop, aku cakap dengan dia pergi lah report polis habis cerita, tengok dalam call logs, takde pun nombor awek dia Ok, stop! awek hitam, apa la kejadahnya nak mengorat. apa pun lupakan cerita ini....cerita petang tadi lagi misteri..


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih