Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

29 Desember 2017

Senarai Pemenang Giveaway Untuk Bloggers 3

Seramai 4 orang peserta telah menyertai Giveaway Untuk Bloggers Edisi Ke-3, dan berikut adalah senarai pemenang bagi edisi kali ini, di undi melalui random.org. Mari kita lihat siapa yang bertuah.

Oleh kerana tidak ramai yang menyertai, mudah sedikit proses di random.org , yelah 4 orang saja kan, keputusan pun keluar sekejap dan tidak loading lama..! Print Screen keputusan pun pantas...haha

Walaupun edisi kali ini, tidak mendapat sambutan seperti edisi Giveaway Untuk Bloggers sebelum ini, ia tetap juga di jalankan, mungkin hadiah kali ini, tidak lumayan kot...? Saya menempah dirham dengan nilai RM 120 untuk 3 syiling dirham ini. hehe, dirham ini sebenarnya, boleh di simpan dan 'amat bernilai' bagi pengumpul perak dirham...! kerana nombor siri dan edisi design yang terbaik, iaitu bertemakan Masjid Al Aqsa. Mana tahu, boleh di gunakan bagi urusniaga di sebelah utara dan boleh di jual kepada pengemar koleksi dirham perak...hehe


Anda Mungkin Meminati :

22 Desember 2017

Giveaway Untuk Bloggers Edisi Ke-3

Salam Jumaat semua, sempena hujung tahun 2017 ini, aku ingin membuat Giveaway Untuk Bloggers 3 di mana tujuannya adalah untuk memberikan sedikit saguhati atau hadiah kepada rakan rakan bloggers yang mana tidak jemu melayari blog yang tak seberapa nak indah ini...kali ini hadiahnya agak rare, di mana berbeza dengan giveaway untuk bloggers yang sebelum, di mana hadiah nya dalam bentuk syiling perak iaitu DIRHAM. Ada 3 Keping syiling Dirham untuk di berikan kepada pemenang...  

Dirham ini mempunyai nombor siri yang boleh di katakan agak cun, dan menjadi rebutan bagi pengumpul perak dirham...dan harga sekeping syiling dirham ini bergantung kepada edisi dan harga nya lebih kurang RM 30 - 40. Kalau di Negeri Kelantan....boleh beli ayam guna dirham!

Jika di utara, seperti di kelantan, maybe ada urusniaga yang menggunakan perak dirham.  Itu saya tak berapa pasti. Jika ada sambutan, mungkin akan di tambah lagi dirham itu....dan nantikan untuk edisi yang ke empat...berkemungkinan hadiahnya gold bar 0.5 gram atau 1 gram!. Nantikan di Edisi yang ke-4 nanti....!


Anda Mungkin Meminati :

18 Desember 2017

Bluetooth Earphone Sunglass

Yeah, produk yang di tunggu dari kedai gadget DM Dasher  telah sampai di rumah!  nama nya Bluetooth Earphone Sunglass keluaran dari syarikat DM Dasher Sdn Bhd, pada mulanya aku fikir apa benda ni sampai nak kena connect bluetooth la bagai semasa  review produk ni di kedai gadget dasher, rupa rupanya produk ini 2 in 1, sambil bergaya dengan memakai cermin mata sunglass dan dalam masa yang sama boleh tenang & relax mendengar audio..! memang sesuai untuk aktiviti indoor dan outdoor, EARPHONE BLUETOOTH TERBAIK dan sangat berguna buat aku kerana muzik dan aku memang tak dapat di pisahkan, sebab apa ? sebab..muzik boleh memberi inspirasi dan semangat untuk memulakan sesuatu tugasan….maklumlah bekerja di bidang IT development ni memang stress memanjang dan selepas seharian penat bekerja, masa on the way nak pulang ke rumah...rasa nak merawat diri dengan mendengar lagu yang mampu menenangkan diri, yelah..takdelah boring sangat bila tunggang motor atau ketika drive kereta! Kalau drive car pun, bosan lah..asyik lagu yang sama sahaja di radio, sekali sekala layan mp3 lagu di smartphone pun best juga! hehe...dan dengan ada nya Bluetooth Earphone Sunglass ini...aku dah tak perlu lagi guna Earphone biasa yang berserabut dengan wayar...!


Anda Mungkin Meminati :

15 Desember 2017

Kalau Dah Jodoh Tak Kemana

Salam jumaat semua, di harapkan semuanya sihat sihat dan mendapat berkat dari hari yang mulia ini, kalau ikutkan hari ini, nampak gaya nya semua nya seronok lah ya ? sebab hari terakhir sebelum cuti di hujung minggu, yang seronok nya, mungkin sesiapa yang bekerja kerajaan ..hehe

Tapi berbeza pula dengan aku yang kalau boleh jangan lah cepat tiba hari jumaat, bukan sebab apa..sebabnya, di hari cuti sabtu dan ahad, banyak supplier tak beroperasi dan mana mana urusan yang tak selesai di hari ini akan bersambung ke hari isnin....! Mungkin tangan dah gatal...sebab nak dapat duit kot? Mungkin..?  Haha

Sebagai contoh merujuk kepada perengan yang aku tulis di atas , mana mana perkhidmatan yang memproses sesuatu di dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja...! Maka, perkhidmatan akan bersambung di hari Isnin..Apa yang pasti, takkan lari gunung di kejar, dan kalau dah jodoh tak kemana kan ? dan kalau sudah tertulis, maka itu lah dia! hehe , apa pun, manfaat kan lah hari cuti korang semua, gunakan masa rehat sebaiknya. Sekejap masa berlalu, pejam celik kita dah semakin hampir tiba ke tahun 2018. 

Anda Mungkin Meminati :

12 Desember 2017

Dalam Helmet Penuh Air

Ini kisah ketika nak pulang dari mengajar laman web di bangunan UTC Melaka, jalan hang tuah, tak perasan di luar sedang hujan lebat ketika latihan di jalankan, dalam kelas kan,  lagi sekali dalam helmet penuh air, kali ni lebih dasyat berbanding kejadian masuk air sebelum, air hujan penuh wei, dah macam kolam ikan bertakung, kalau letak ikan dalam tu pasti ikan riang ria berenang.

Bila naik motor ni punya feeling lain, tak sama macam pandu kereta, dan yang pasti, tak menjadi suatu kesalahan pun nak bawa apa kenderaan sekalipun kecuali kalau lesen atau roadtax sudah tamat tempoh lah, hah sila pastikan semua lesen telah perbaharui ya, karang tak pasal pasal kena saman dengan polis, kemudia boleh bawa kenderaan di jalan raya sesuka hati.


Anda Mungkin Meminati :

Cara Cara Membina Laman Web

Bulan yang sibuk, tiada langsung masa untuk rehat di mana menguruskan hal syarikat iaitu tempahan bunting, buku catatan sekolah, kelas website dan 3D, wah, memang tak menang tangan! akhirnya dan di waktu ini, baru lah dapat rehat kan diri, selepas semua job selesai walaupun perlahan tempo nya, selagi tak siap selagi tulah tak berhenti, untuk memerah keringat idea dan otak! dan dalam masa yang sama aku sedih sedikit lah, sebab harga emas jatuh lagi!!, aku harapkan akan meningkat kembali, dan kini adalah masa yang terbaik untuk menambah emas, tak apalah, untuk simpanan jangka panjang...dari duit kertas lebur macam tu je kan...baik lah tukar kepada emas fizikal, di masa sesak..boleh lah guna emas yang ada...

Terima kasih kepada yang hadir di dua kelas aku yang boleh di katakan terakhir di tahun ini, kursus latihan penutup di tahun 2017, iaitu bengkel laman web dan kelas 3D, kepada yang berminat untuk menyertai kelas seperti ini, kena tunggu jadual pada tahun depan 2018 yang akan keluar tidak lama lagi, boleh semak di laman web penganjur iaitu di K-Ekonomi atau boleh call aku terus di 016 6474201 untuk booking tarikh kelas di tahun depan.


Anda Mungkin Meminati :

6 Desember 2017

Bengkel Laman Web Di Port Dickson

Alhamdulillah, telah selesai bengkel latihan Laman Web bagi tentera di institut kejuruteraan tentera darat yang bertempat di port dickson, tempohari lalu. Bengkel ini adalah untuk siri yang kedua, dimana tujuannya, untuk menambah baik dari yang sebelum, dan selepas selesai bengkel, rata rata feedback dari tentera ni semua memberi respon yang positif..itu yang aku mahukan, dan cuba memberikan pemahaman supaya mereka faham betul betul.

Pertama kali mengajar di dalam Kem Tentera, so kenalah mengikut undang undang mereka, tepati masa, disiplin dan melaporkan diri setiap kali keluar masuk...namun apa nak buat, ikut sahajalah.


Anda Mungkin Meminati :

4 Desember 2017

Cara Membuat Banner Ukuran Sebenar

Hari ini aku nak share cara - cara nak buat banner mengikut ukuran yang sebenar dalam bentuk feet ataupun nama lain nya KAKI, sebagai contoh, 3 kaki lebar(W) x 10 kaki tinggi (H), tutorial ini aku fokuskan pada pekerja kerajaan terutamanya yang bekerja di bahagian teknologi maklumat, kadang kadang aku 'tergelak' dengan mereka, asalkan boleh je hantar softcopy banner yang telah mereka siapkan...persepsi mereka, yang penting nampak saiz sama seperti banner sudah cukup......! sedangkan jika print out hasilnya sangat menyedihkan ukuran nya pula di dalam bentuk pixels sebenarnya resolution ? ah...jangan cakap lah 72! dan sepatutnya maximum 300 px supaya hasil selepas print lebih jelas.

Ada tu yang hantar dalam bentuk power point pun ada kata nya design / softcopy banner tu ada di dalam power point...!! Banner dan bunting yang mereka tu, maybe boleh jadi banner blog, bukan nya untuk percetakan, kerana tidak sesuai...

Rahsia We Chat

Tutorial ini sangat asas dan mudah..so selepas ini, korang sudah boleh menjimatkan kos dan tidak perlu membayar upah tambahan design pada syarikat pencetak, hanya perlu membayar pada kos yang minimum sahaja...


Anda Mungkin Meminati :

3 Desember 2017

Belajar Mensyukuri Apa Yang Ada

Kadang kadang kita selalu fikir yang hidup kita ini susah serba serbi, sedangkan masih ada lagi insan yang lebih memerlukan, tahukah anda ? apa guna kaya harta tapi hidup sentiasa tidak tenang dan susah nak tidur malam, memikirkan hutang bil bil, sentiasa mimpi ngeri hidup dalam ketakutan di kejar bank bank, yang miskin pula berimpian mahu jadi yang kaya, dan yang kaya mahu kehidupan seperti orang miskin, hidup bersederhana.

Tiada orang yang sempurna di dunia ini, baik yang kaya mahupun yang miskin, belajar mensyukuri apa yang ada dan di berikan, setiap dari mereka ini baik yang kaya atau yang miskin, ada bahagian mereka masing masing, dan ada ujian tersendiri dari Nya. Syukuri apa yang ada, Allah nak uji dan nak lihat dimana kita ketika ini, adakah kita sentiasa mengingatiNya atau tidak.

Lihatlah di sekeliling korang, ada yang diberi ujian berat, ada yang di beri dilimpah kekayaan , tapi ketenangan hidup ? lumrah manusia yang sentiasa tamak, mahukan lebih, semua bergantung pada diri sendiri, jika dia tidak mensyukuri nikmat yang ada, adakah kekayaan itu menjamin kebahagiaan ?


Anda Mungkin Meminati :

2 Desember 2017

Mudah Terpedaya Dengan Jualan Murah

Baru baru ini ada sebuah pasaraya di Melaka yang melelong barangan mereka di sebabkan penutupan cawangan, kadar diskaun memang tak masuk akal, memang memukau kalau lihat secara kasar nya, memang murah lah dari harga yang sebenar, jualan diskaun gila gila. Memang ramai yang datang membeli, murah kan ? Memborong bagai tak ingat dunia, aku hanya mampu melihat sahaja lah, nak khabarkan, orang ramai dah tak fikir apa dah, keadaan dulu nya yang suram, kini seperti pesta atau seperti di pasar malam suasana nya di pasaraya itu, hehe

Jangan nanti esok duit sudah habis, kita beli barang dengan harga yang mahal sebenarnya, maklumlah orang ramai lebih gemar duduk rumah di waktu tiada jualan hebat dan hanya menunggu pengumuman diskaun sahaja. Mudah Terpedaya Dengan Jualan Murah


Anda Mungkin Meminati :

1 Desember 2017

Berada Di Luar Kawasan

Salam maulidur rasul buat semua rakan rakan blog, maaf atas kesibukan urusan kerja, dan lebih banyak berada di luar kawasan sekarang ini, blog pun tak sempat nak jengah sangat, apatah lagi, untuk blogwalking blog rakan rakan semua dan meninggalkan komen dan jejak.

Sepanjang urusan kerja syarikat di Port Dickson, banyak perkara menarik dan kisah lucu untuk di kongsikan di blog, dan dapat lah pulang ke Melaka dengan gembira dan puas hati kerana kerja berjalan dengan lancar! Hari ini sempena cuti umum, sempat juga lah blogwalking dan komen blog rakan rakan, bagi blog rakan yang lain, jika ada kesempatan saya akan menjengah dan membaca kisah yang mereka  kongsikan di blog.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih