Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Thursday, December 21, 2017

Akibat Tidak Cukup Tidur

Kepala pening, tidak terkawal dan perlu rehat secukup nya, sebab dah berberapa hari tak tidur secukupnya, dapat tidur pun 2-3 jam je..di tambah lagi dengan cuaca panas terik di luar pejabat, rasa macam nak pitam, apa pun masih mampu lagi bertahan...sebab ada saja perkara yang tidak dapat nak elak, seperti order dari customer dan sebagainya lah, suka tidak suka, kena lah lakukan..demi mencari sesuap nasi...! Maklumlah sebagai ICT Consultant konon nya...! hehe

Rasa macam nak bercuti ke luar negara..ambil angin di luar, tapi ekonomi tak mengizinkan! takpe sabar dan simpan sikit lagi emas sebagai tabungan kecemasan....! Nasib baik esok dah waktu cuti hujung minggu, tapi apa kah pengertian rehat dan masa kualiti sebenarnya dalam diri kita..sedangkan di waktu cuti pun, masih 'sibuk' dengan smartphone...rasanya itu lah yang membuatkan diri kita mabuk dan khayal, hanyut....! sehinggakan masa berlalu begitu cepat, dan lupa masa untuk tidur...!

Zaman kini, pepatah seperti tak makan nasi tak apa, asalkan internet dan smartphone ada...kan ? kesimpulannya..kita hanyut dengan teknologi masa kini....! kalau 5 minit berenggang dengan handphone, rasa macam hidup tak complete..jika dah puas membelek smartphone...di belek nya pula laptop...! sampai bila harus begini, letih dan 'rosak' badan di buatnya....!!

Terima Hadiah SPM Fever Giveaway

Alhamdulillah, telah terima bungkusan hadiah yang aku menang di  SPM Fever Giveaway tempohari, hadiah nya ialah buku Prelove Novel , ermm...terima kasih lah banyak banyak kepada penganjur program, memang tak sangka lah boleh menang, dapat novel pula tu!  haha setelah sekian lama kemarau kemenangan giveaway dan segmen anjuran dari bloggers. join giveaway ini pun last minit...

Apa pun syukur walaupun apa yang di beri, kalau nak beli di kedai, mahal juga tu, yelah novel kan ? Aku akan cuba menghabiskan chapter by chapter di dalam novel tu, inshallah, dan yang bestnya dalam bahasa english! Tajuk novel pun dah mengkacau bilaukan otak aku..! membaca novel ni kena ada feel dan mood yang tenang, baru boleh menjiwai seolah olah kita berada di dalam situasi penceritaan..betul tak? Lepas ni, nak baca novel macam ala ala cerita korea Windstruck ..barulah hero yang romantik dan penyayang...haha

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi