banner-2017-mcj bkecik-skytech

Sunday, December 24, 2017

Welcome To The Jungle

Aku pun tak faham, macam mana aku boleh terjebak bermain permainan smarphone yang hangat sekarang ini iaitu Mobile Legends Bang Bang! haha, akhirnya..menjadi addicted gila pula pada game ini...! Itulah! bak kata orang orang tua...jangan benci sangat..nanti lama lama jadi suka, hah! betul la tu...bila tengok orang main game Mobile Legends Bang Bang! mula mula rasa menyampah lak, sebab menghadap handphone macam orang gila! Akhirnya... aku yang jadi leader siap bentuk kumpulan  lagi untuk bermain game ini! haha

Best woo main game Mobile Legends Bang Bang! ni haha...dapat kuasa dan boleh kill enemy..! konsepnya mudah..serang tower musuh...ni aku bagitahu korang, bukan lelaki je yang join, orang perempuan pun ramai yang join..! kalau korang tak percaya, cuba lah install game Mobile Legends Bang Bang! ini di google playstore..tapi sebelum tu, sila pastikan semua urusan selesai ye...jangan sampai menghadap game Mobile Legends Bang Bang! hal penting seperti hal anak isteri, hal kerja dan sebagainya terabai. kalau dah start game Mobile Legends Bang Bang! ini, tak boleh nak stop..sebab takut kena denda..! haha.

Letih Di Jalan Raya

Salam hujung minggu semua, di harapkan korang manfaatkan hari cuti ni ya, aku seperti biasa lah tidak ke mana mana, tetap selesa duduk di rumah, tengok laptop dan habis kan masa di dapur untuk memasak....hari ini nak cuba menu baru, iaitu asam pedas dan masak lemak siput sedut...memang padu, beb .....aku masak hari ini, tak sempat nak snap gambar, sebab berselera makan masakan sendiri...hehehe

Nak jalan jalan macam letih pula, sebab nya, semalam dah sehari suntuk tersangkut traffic jammed kerana sesak di jalan raya, penuh kenderaan, orang ramai datang ke Melaka..hurm!! Melaka ni, bukannya ada flyover, tiada jalan pintas...suka ke tak suka, kena hadap kesesakan jalan...! di tambah lagi sekolah pula akan buka tidak lama lagi..tu yang nak kena prepare hal anak anak...ermm kadang kadang give up nak berjalan di negeri sendiri...! sebab jalan raya di negeri Melaka ni...lain macam! 4 lorong jadi 1 lorong...3 lorong jadi 1 lorong....ermm aku harap korang faham apa yang aku cuba nak sampaikan ...!!

Selamat menyambut perayaan krismas bagi yang beragama kristian dan khatolik,  moga ada sinar dan kebahagiaan di dalam menyambut perayaan krismas. 

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi